Rabu, 1 Ogos 2012
Masa Untuk Sesuatu Yang Belum Dijumpai
Sejak akhir-akhir ini masa aku banyak dihabiskan kepada perkara yang belum aku jumpa lagi. Sampai bila harus begini. Banyak masa yang aku gunakan. Menyebabkan masa aku untuk perkara-perkara lain menjadi terhad. Adakah ini tujuan dan matlamat utama aku masa ini? Adakah ini matlamat no. 1 aku sekarang? Aku pun tak pasti. Tapi yang pastinya aku menggunakan masa aku untuk perkara ini dengan terlalu banyak seolah-olah ini perkara utama aku. Padahal aku ada banyak matlamat-matlamat hidup aku yang lain yang juga penting. Bolehkah aku aku berkata 'cukup untuk setakat ini'... Oh, tidak. Ini nada orang yang kecewa dan berputus asa. Aku tak boleh berputus asa, dan aku tak boleh ajar diri aku berputus asa....
Selasa, 31 Julai 2012
Keinginan, Kesungguhan dan Keyakinan
"Keinginan, kesungguhan dan keyakinan adalah perkara yang berkait apabila kita hendak melaksanakan sesuatu dalam hidup kita. Seringkali keinginan kita adalah tinggi, tetapi kesungguhan kita tidak setara dengan keinginan, maka keyakinan juga menjadi tidak memuaskan. Maka bila kita hendak melakukan sesuatu perubahan dalam hidup kita, ketiga-tiga elemen ini harus kita letakkan sama aras."
Kita mungkin dah banyak kali hadapi perkara ni, tapi sampai hari ini belum lagi berjaya serapkan perkara ini dalam tindakan. Bila kita nak mencuba lakukan sesuatu, perkara yang selalu menjadi halangan adalah:
1) buntu; Tak nampak jalan untuk bertindak. Kemudian kita abaikan saja. Kesungguhan untuk mencuba tak ada.
2) takut ambil risiko; Kadang-kadang kita tahu jalan mana yang boleh dipertimbangkan untuk mencapai seseuatu itu, tapi kita tak berani nak melaluinya.
3) ragu-ragu; Bila kita mahu melalui jalan yang kita pertimbangkan itu, kadang-kadang kita akan berasa ragu-ragu dengan tindakan kita. Ini yang menyebabkan kita sukar untuk bertindak. Peluang depan mata pun kita biarkan berlalu bila ada ragu-ragu ini.
Inilah antara perkara-perkara lazim yang sering berlaku, yang melambatkan kemajuan diri.

Ahad, 15 Julai 2012
Sorotan Minggu ke-2, Julai 2012
Tiba-tiba saja ada meeting tergempar. Dalam masa 2 hari aku perlu buat persiapan meeting dalam semua perkara. Dari penyediaan dokumen dan report, persiapan tapak projek, uruskan wakil-wakil meeting, persiapan jamuan dan segalanya. Memang memenatkan. Hujung minggu hari tu, cuti aku habis dengan berehat sahaja. Memang keletihan betul.
Minggu lepas juga, dalam kesibukan bekerja, sempat jugak aku mengikuti kuliah Syeikh Nuruddin al-Banjari. Tapi setakat 2 kuliah sahaja yang aku sempat. Ini kali pertama aku ikuti kuliah beliau, sebelum aku hanya dengar nama sahaja. Mula-mula aku sampai aku rasa segan jugak tengok orang-orang yang hadir, maklumlah aku bukan rajin sangat dengar kuliah agama ni, sekali sekala saja. Kalau kuliah Ustaz Azhar Idrus, aku memang dah prepare dalam kereta. Banyak kuliah dia yang aku ada. Tambah-tambah kalau perjalanan jauh, terutamanya balik kampung, aku akan buka dan dengar ceramah beliau dalam kereta. Seronok dan tak menjemukan. Kadang-kadang tu aku dengar jugak kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad, tafsir Nurul Ehsan dan kitab Bahrul Mazi. Kadang-kadang aku terfikir jugak, "asyik dengar cd saja, bila la aku boleh dengar secara live dan istiqamah".
Hari Sabtu baru ni, aku pi Stadium Darul Aman, tengok perlawanan terakhir Liga Super 2012, Kedah lawan Felda United. Keputusan Kedah kalah 2-1. Kalau ikut banyak jugak yang tak puas hati dengan prestasi teruk Kedah ni, tapi lain kali aku komen dalam post lain. Tak ada mood nak komen lagi. Apa-apa pun harap Kedah boleh tingkatkan prestasi dalam Piala Malaysia nanti.
Satu lagi, pada minggu lepas jugak aku terpaksa panjat bumbung di tapak projek untuk isi air dalam tangki air bagi persediaan untuk menjalankan ujian tekanan air, bila orang yang sepatutnya lakukan tak boleh datang kerja dan berhalangan. 5 kali aku turun naik bumbung seorang diri untuk memenuhkan 5 tangki air. Aku mula naik pada pukul 2.30 petang, 5.00 petang, 7.00 malam, 12.00 tengah malam dan 7.00 pagi keesokkannya. Kapasiti tangki 1- 20 gallon, 1- 30 gallon, dan 3- 60 gallon. Paling mencabar masa aku naik isi tangki 60 gallon pada pukul 12 tengah malam tu. Dalam bangunan yang besar tu seorang diri, bahagian bumbung pulak tu, gelap lagi. Bertemankan lampu picit, aku naik bahagian bumbung dengan tangga aluminium. Aku tarik paip air dari bawah dan aku masukan dalam tangki, aku ikat kuat-kuat pada kerangka bumbung tu. Lebih kurang setengah jam aku melakukan kerja dengan pantas, berpeluh-peluh aku. Setelah siap, tanpa berlengah-lengah aku terus turun ke bawah, sambil-sambil tu aku suluh jugak pada bahagian bumbung yang luas tu, tengok-tengok ada apa. Sampai ja di bawah aku terus ke kepala pili dan membukanya. Selepas itu aku balik dan tidur.
Itulah kisah aku minggu lepas.

Ahad, 8 Julai 2012
Cahaya di Celah Dedaunan
Kadang-kadang kita buntu, seperti tak tahu nak fikir apa. Tapi yang sebenarnya kita sedang berfikir untuk berfikir tentang apa-apa yang kita nak lakukan. Makanya kita buntu dalam berfikir.
Salah satu cara untuk memulihkan kebuntuan kita dalam berfikir, lihatlah alam sekitar. Hayati dan nikmatilah keindahan alam. Selepas itu, kita akan berasa segar untuk berfikir semula.
Isnin, 2 Julai 2012
Sorotan Minggu ke-4, Jun 2012
Setiap minggu kehidupan kita berjalan seperti biasa, tapi ada hari-hari tertentu kita melakukan sesuatu yang lain dalam minggu tersebut. Macam aku pada hari Isnin yang lepas aku ada meeting di Kuala Lumpur. Tapi pada hari Isnin minggu-minggu yang lain aku bekerja seperti biasa. Jadi hari Isnin yang minggu lepas luar biasa, dan hari Isnin minggu-minggu lain adalah biasa bagi aku. Banyak benda lagi yang kita boleh luar biasakan hari-hari kita, contohnya dengan Ibadat dan lain-lain. Dan ada yang kita catatkan dan ada yang kita pendamkan. Tak semua perkara kita rekodkan, tapi Malaikat akan rekodkan segala apa yang kita buat. Rasa gerun pulak kalau ingat kerja Malaikat ni.
Berbalik kepada hari Isnin yang lepas, aku ada meeting di Kuala Lumpur, aku bertolak dari Kedah pukul 8.30 pagi dan sampai sana pukul 2.00 ptg. Pukul 2.30 ptg terus meeting sampai pukul 5.30 ptg. Selepas semuanya selesai, relax + makan, aku bertolak balik ke Kedah pulak pukul 8.30 mlm dan sampai rumah pukul 1.30 pagi. Apa yang aku nak bagitau, ni lah kali pertama aku drive pi dan balik KL dalam masa 1 hari. Alhamdulillah Allah bagi aku kekutan untuk drive kereta dalam keadaan macam ni. Boleh bertahan mengantuk dan letih. Kalau sebelum ni kalau aku pi KL mesti rehat sana dulu 1 hari atau 2 hari. Ni tak, terus balik. Dari sini aku boleh tau tahap kemampuan aku untuk drive. Ni lah yang akan jadi KPI aku lepas ni.
Hari Khamis lepas, aku balik kampung. Jarak ke kampung aku lebih kurang 1jam 45 minit jugak la. Sampai saja di kam pung lebih kurang pukul 6.45 ptg. Pak-pak menakan (ayah-ayah saudara) aku ajak pi dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus di Gerik. Aku pun bersiap apa lebih kurang, terus drive lagi ke Gerik. Lebih kurang pukul 8.00 malam sampai sana. Solat di Masjid Pekan Gerik. lepas tu terus pi dengar kuliah Ustaz Azhar di padang berhampiran. Ramai jugak yang hadir, penuh padang Lapangan Terbang Tentera Gerik, dianggarkan lebih 50,000 jugak la yang hadir. Kiraan secara pukal la, aku agak panjang dan lebar padang tu 350meter x 150meter, dan setiap orang duduk 1meter seorang, jumlahnya 52,500 orang. Tapi aku nampak macam padang lagi luas, dan orang duduk berhimpit-himpit, bahagian depan memang padat la. Jadi anggarannya lebih 50,000 orang la yang hadir. Kalau kawasan bandar tu tak hairan sangat, kalau kehadiran ramai, ni kawasan luar bandar boleh tarik seramai tu, memang agak mengejutkan la. Fenomena Ustaz Azhar Idrus dah meresap ke semua lapisan masyarakat untuk faham Islam. Dari segi pengisian kuliah boleh tengok dalam Youtube. Aku tak pandai nak ulas sangat.
Hari Sabtu pulak, tiba-tiba ja aku rasa nak pi tengok bola kat Stadium Darul Aman, perlawanan Liga Super Kedah vs Terengganu. Keputusannya Kedah menang 2-1. Tujuan aku pi tengok untuk relax kan diri dan nak kosongkan fikiran. Memang bersedia untuk terima kekalahan Kedah, sebabnya prestasi Kedah mengewakan musim ini. Tapi dalam hati rasa boleh menang, sebab tu yang aku pi jugak untuk bagi sokongan kepada pasukan Kedah. Penyokong setia kena tetap menyokong walaupun kalah.
Inilah sorotan untuk minggu ini.

Langgan:
Catatan (Atom)