Sabtu, 1 Jun 2013

Menunggu Petunjuk

Sebelum aku berhijrah ke Kuala Lumpur, ada sahabat aku yang mencadangkan aku dengan seorang doktor. Perkara ni timbul ketika minggu terakhir aku bertugas di kedah. Pada masa tu, aku, sahabat, isterinya dan anak2nya yg masih kecil pulang dari alor setar. Aku dan sahabat aku pergi menonton bola sepak di stadium manakala isterinya ke rumah kawan isterinya. Ketika dalam perjalanan pulang tu, isterinya membangkitkan soal kawannya yang bekerja sebagai doktor. Isterinya mencadangkan kepada aku. Aku memang tiada jawapan sebab aku tak kenal, tak pernah bertemu. Tak kan aku nak setuju terus walaupun aku memang sedang mencari. Jenis yang macam aku, perlu tengok dulu untuk menyatakan 'ya' tu. Dan ramai yg macam aku. Bila dah tengok dan ada satu perasaan yang lain dari biasa, baru aku akan katakan 'ya'. Kalau tiada rasa apa2, aku tak boleh gagahkan jugak. Walaupun apa yang aku yakin ini dah berapa2 kali gagal, tapi aku masih percayakannya.

Akhirnya aku menyatakan, aku perlu tengok dahulu. Dan mereka akan berurusan dengan doktor tersebut. Aku syorkan tengok fb aku dahulu.

Setelah beberapa hari aku di transfer kan ke KL, sahabat aku menghubungi aku. Dia memberitahu bahawa doktor tu dah tengok fb aku, tapi dia mempersoalkan bahawa bersediakah aku mengharungi kehidupan bersama seorang doktor. Baru aku terfikir perkara yg tak pernah aku fikir sebelum ini. Kemudian aku ingat aku boleh tengok gambar ke apa ka tentang doktor ni, kawan aku cakap dia tak dak fb pulak. Dia suruh aku fikirkan persoalan itu dulu, baru boleh ke step yg seterusnya. Nampaknya kena fikir dulu la aku. Kalau boleh tengok gambar dulu mungkin aku boleh bagi jawapan terus, ya atau tidak. Aku pun tiba2 bersetuju untuk fikir tentang persoalan itu. Entah macam mana aku boleh positif untuk bersetuju. Sejak akhir2 ini banyak benda yg aku fikir positif. Mungkin terpengaruh dengan ceramah2 yg aku dengar dekat youtube dan radio. Dalam kepala aku ketika bersetuju tu, aku rasa ini peluang aku untuk istikharah dan bertawakal.

Selepas beberapa hari ada la aku dapat peluang beristikharah dan tahajjud sekali. Bukan senang orang banyak dosa macam aku dapat peluang macam tu. Menyeronokkan. Kadang2 proses jugak membahagiakan, hasil belum tentu lagi. Sebelum ini aku banyak tumpukan hasil daripada proses. Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan sesuatu yang lain.

Aku sebenarnya susah nak faham petunjuk istikharah ni, hari-hari aku rasa biasa saja, tiada pun perasan yang lain. Tapi apa yang berlaku kepada aku ketika ini seolah aku bergerak sedikit dari lingkungan pemikiran aku. Sebelum ini aku tak pernah terfikir pun tentang dunia doktor ni. Tambahan lagi ada benda yang menjadi ketakutan kepada aku tentang alam hospital dan ubat-ubatnya. Apa yang terjadi? Aku terdorong bertanya kehidupan kawan2 aku yang menjadi suami doktor. Apa yang aku dapat? Mereka menyatakan keyword yang paling utama adalah 'SABAR'. Aku terfikir jugak aku ni seorang yang sabar ka? Tengok keadaan kadang2 tu, kalau mood ok. Lepas tu aku membaca internet tentang suami kepada doktor dan kehidupan seorang doktor. Dan yang paling terkini tiba-tiba aku boleh layan cerita2 tv tentang dunia doktor. Kalau sebelum ni aku tak minat langsung. dan tak pernah tengok.

Mungkin ini yang positifnya, membuatkan aku melihat dunia ke arah sisi yang lain. Tak pasti lagi macam mana lagi keputusan, cuba memuktamadkan secepat mungkin. Kalau ada jodoh, Insyaallah aku cuba menerima keadaan ini. Kalau bukan jodoh, sekurang-kurangnya Allah dah buka penglihatan aku ke arah satu bidang kerjaya yang mulia dan berjasa supaya aku menghormati golongan mereka ini.