Kadang-kadang kita rasa macam sukar nak buat keputusan atau nak menentukan pilihan. Kadang-kadang keputusan dah ada, tapi kita sukar untuk nyatakan keputusan tu. Walaupun keputusan hanyalah perkataan 'ya' atau 'tidak'.
Mengapa? Mungkin kerana bila kita nak buat keputusan kita fikirkan kesan ke atas banyak pihak, walaupun dalam soal peribadi kita. Terutamanya kepada ibu bapa kita, keluarga kita atau kawan-kawan kita. Kita akan fikirkan kesan ke atas emosi, masa dan persekitaran. Itu yang meyebabkan kita akan sukar untuk nak buat keputusan.
Mungkin juga kerana budaya yang diterapkan dari kecil, sikap pedulikan orang sekeliling. Sikap ini bagus, tapi kita sukar nak bezakan keadaan mana sikap sebegini berguna pakai.
Dan mungkin, berpunca dari keadaan yang mana kita gagal menguasai diri sendiri dalam satu-satu perkara. Maka kita tak yakin dengan apa yang kita nak putuskan.
Sukar nak buat keputusan ni duduk dalam diri kita, kalau kita yakin dan berani, redah saja la. Apa-apa kesan yang akan berlaku kita kena bersedia untuk terima. Tiga kunci utama; yakin dalam hati, berani bertindak dan bersedia menerima kesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan