Selasa, 16 Ogos 2011

Terlambat Jugak

Sebelum ni ada seorang kawan ku ingin memperkenalkan aku dengan seorang kawannya. Aku mohon berfikir seketika waktu. Masa berlalu, hampir sebulan juga baru aku bagi keputusan. Sebenarnya aku tak sempat nak fikir sangat tentang perkara ni, sebab aku agak sibuk. Tapi disebabkan kawanku bangkitkannya sekali lagi, maka terima perlawaan tersebut. Aku fikir kalau ada jodoh ada la, kalau tak, belum rezeki ku lagi. Dalam masa yang sama aku letakkan juga harapan.

Selepas itu, giliran aku pulak menunggu keputusan daripada sebelah pihak perempuan. Tapi disebabkan agak sibuk, aku tak berkesempatan online dengan kawan ku, hampir sebulan jugak, baru berkesempatan online dengan dia. Tapi agak kecewa jugak,

"hang terlambat sikit, dia dah ada orang lain".

Terfikir aku, 'terlambat jugak'. Banyak kali jugak aku terlambat macam ni. Tapi tak kan aku nak terima terus bila keadaan camni, mesti aku perlu berfikir jugak. Tak apalah, ini bukan rezeki ku lagi. Moga-moga Allah dah atur yang terbaik untuk ku, Amin... Yang penting aku perlu belajar redha dengan kehidupan yang ditentukan.

Rabu, 10 Ogos 2011

Terlepas Sahur

Bangun pagi tadi dah pukul 6.10 pagi 'Confused' sekejap, macam tak percaya. Terdetik dalam hati "pukul 2.30 pagi kot". Lihat jam sekali lagi, betul la pukul 6.10 pagi. Aduh... aku terlepas sahur hari ni.

Semalam aku balik kerja dah lewat, pukul 11 malam baru sampai rumah. Tengah2 'relax' sambil menonton tv, aku terus tertidur sampai pagi tadi. Itu sebab aku macam tak percaya aku terbangun pukul 6.10 pagi, selalunya kalau aku tertidor macam tu, aku akan tersedar pukul 2.30 pagi atau pukul 4.00 pagi. Ini terus pukul 6.10 pagi. Mungkin sebab aku penat sangat.

Kerja-kerja kelmarin memang amat meletihkan. Pagi kelmarin aku pergi ke pejabat dulu, selepas itu aku terus pergi ke 'site' kerana ada kerja-kerja pengkonkritan. Sampai di 'site', ada masalah kren pulak, masalahnya 'simple' saja, tapi ambil masa yang lama untuk selesaikan. Sebabnya ia perlukan lebih tenaga, daripada akal. Aku juga sibuk membantu bagi pandangan untuk selesaikan masalah tersebut, bersama-sama semua yang terlibat berjemur di tengah2 terik mentari selama 2 jam, tambahan lagi cuaca pulak agak panas kelmarin.

Semua pihak sibuk bertanya, 'macam mana nk buat?', seolah-olahnya menekan aku. Aku pun tertekan jugak. Tapi aku tak peduli, aku tumpukan satu-satu perkara dulu, kerja aku pun aku tinggalkan dulu, sebab masalah ni lebih penting. Bagi aku semua pihak kena faham situasi semasa, jangan nampak bila berlaku sesuatu masalah dijadikan peluang untuk menjatuhkan kredibiliti pihak tersebut. Apalah salahnya kalau turut membantu.

Akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan, dan kerja dapat diteruskan. Tapi kesannya kerja-kerja pengonkritan itu terpaksa dilanjutkan hingga pukul 9.00 malam. Aku terasa macam 'mega structure' la pulak bila menghadapi masalah tersebut. Tapi ini pengalaman yang baik untuk kerja ini.

Selepas berjemur ditengah-tengah panas tersebut, aku memang terasa sangat dahaga. Tapi berusaha meneruskan jugak puasa, 12.00 tghr hingga 7.30 malam aku menahan dahaga. Ini pun pengalaman jugak. Disebabkan kerja-kerja belum lagi selesaikan kami berbuka puasa di 'site' sahaja. Kali pertama berbuka puasa di 'site'.

Selesai kerja, macam biasa ada 'meeting' penutup. Pukul 10.00 malam selesai, aku pun terus balik rumah, sampai rumah lebih kurang pukul 11.00 malam.

Hari ini, aku dah maklumkan aku datang kerja sebelah petang sebab aku nak rehat di rumah sebelah pagi. Tapi dalam pukul 9.00 pagi lebih kurang, 'client' beberapa maklumat untuk 'meeting' mereka. Jadi terpaksa la aku ambik masa lebih kurang sejam untuk sediakan maklumat kepada mereka. Rugi la masa rehat aku sejam.

Sekarang dah pukul 12.00 tghr, rasa masih lagi penat dan mengantuk, tapi aku terpaksa pergi kerja dulu.

*kerja-kerja yang perlu disiapkan sebelum raya masih banyak lagi yang tak diselesaikan.
*tapi yang penting tentang kereta baru untuk ayah aku, ini yang aku perlu selesaikan segera, kalau boleh sebelum raya.



Isnin, 8 Ogos 2011

Kali ke-2 berbuka puasa dalam kereta

Tak sempat balik rumah lagi tadi, maka terpaksa lah berbuka puasa dalam kereta. Berhenti di bahu jalan dan makan saja apa yang dibeli. Nak buat macam mana 'meeting' habis lambat. Nasib hari ini.

Hari ini banyak jugak la kerja-kerja yang dapat disiapkan. Tapi mengapa aku berasa tak selesa hari ini. Ada sesuatu yang terbuku dalam hati yang tak dapat ditembusi oleh fikiranku.

Dah lama tak menulis dalam blog ini. Saja malam ini menjengok kembali blog ni. Dulu ada masa jugak la melontar pandangan dalam ni. Sekarang susah sikit. Siang penat kerja, malam dah malas nak memikir.

Sekarang banyak benda dah berubah, kawan2 ramai yang dah berkahwin dan bina kehidupan masing2. Aku masih tak menemui apa yang dicari. Jauh lagi perjalanan hidup ini. Orang kata kalau berkahwin, dah sempurna sebahagian hidup. Nampaknya kawan2 ku dah sempurna sebahagian hidup mereka. Aku saja belum lagi. Tunggu dan lihat saja la apa nak jadi. Teringat lagu Ali Mamak, 'apa nak jadi, sampai sekarang tak kawin lagi'.