Selasa, 5 November 2013

Hijrah

Selamat Tahun Baru Hijrah

Pesan Tok Ayah dan Surah Al- Insyirah

Pada suatu malam yg sunyi, aku asyik mengenangkan kisah kehidupanku yg pelbagai suka dan duka. Aku merasakan banyak kesukaran yang ku tempuhi dalam hidup ini. Banyak perkara yg aku harapkan, tak mendapat seperti yg diharapkan. Ketika aku tiba-tiba teringat pesan tok ayah aku semasa aku di tingkatan 5, beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia. Aku Pesannya 'hafal dan selalu baca surah Al-Insyirsh'. Pada ketika aku hanya mengangguk dan hafal surah ni dan amalkan untuk beberapa ketika. Selepas itu aku melupakannya.

Semalam, selepas 12 tahun. Aku kembali terfikir mengapa tok ayah suruh aku amalkan surah itu. Aku rasa mesti ada sesuatu hikmah.

Aku tak pandai agama. Jadi aku cari terjemahan surah Al-Insyirah ini. Aku baca terjemahannya satu per satu.

1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)

3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemulian)?

5) Oleh itu, maka (tetapkaanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemuadahan.

6) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap- kesukaran disertai kemudahan.

7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha ( mengerjakan amal soleh yang lain).

8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Setelah membaca terjemahan ini baru aku faham. Memang kena sangat dengan diriku ini. Insyaallah, aku akan kembali beramal dengan surah ini.

Semoga Allah S.W.T. memberi ganjaran yang besar kepada Tok Ayah aku di alam sana kerana meninggalkan pesan ini kepada cucumu.

Walau apa pun aku rasakan perlu lagi mengetahui tentang surah ini bila ia diturunkan, dimana diturunkan, sebab diturunkan dan lain-lain lagi.