Isnin, 19 Disember 2011

Revive

Macam mana lah aku ni, betulkah tindakan aku ni. Adakah dengan melindungi kesilapan orang lain menandakan aku seorang yang baik. Tapi akibatnya aku yang kena. Maka makan hati sendirilah, menanggung salah orang lain. Macam manalah nak menanganinya....

Aku nak jaga orang, orang tak kena marah tapi aku kena marah. Tapi sampai bila... Memang aku dah lali dengan keadaan macam ni, aku telan semuanya. Tapi adakah tindakan ni baik untuk semua yang terlibat. Kalau aku asyik melindungi, aku rasa mereka tak ambik pengalaman daripada kesalahan tersebut. Aku yang dapat pengalamannya. Kalau aku tak melindungi, mereka pasti merasa seperti yang aku rasa. Tapi itukan pengalaman untuk mereka. Dan memang sepatutnya mereka rasa. Buat apa aku nak takut untuk mereka. Memang akan wujud pelbagai tanggapan terhadap aku, 'zalim', 'tak boleh cover','tak boleh tolong'. Berapa kali langsung aku nak cover. Biarlah... Dunia ni persaingan, aku tak boleh nak kesian kat orang sangat, setakat yang patut sahaja, kadang-kadang kena zalim sikit, sebab bila kena tak dak yang tolong. Lagipun aku tak buat salah apa pun, cuma tak cover salah mereka yang terlibat sahaja, dan bukan kerja aku cover kesalahan orang. Ya, aku bertekad mulai hari ini.

Teringat aku dengan persatuan dulu, seingatnya aku tak ambik pengajaran langsung style kepimpinan dalam persatuan dulu. Mengapalah aku tak boleh aplikasinya sekarang. Punya visi & misi dalam setiap tindakan, perancangan yang tuntas, faham dengan sebarang tindakan yang di ambil. Konsepnya sama, mungkin cuma suasana dan latar belakangnya saja yang berbeza. Mengapakah aku tak mampu lakukan... mungkinkah semangat dan roh kepimpinan itu dah meninggalkan aku, ataupun mungkin aku sudah kecicirannya bersama masa. Renungan untuk aku perbaiki diri.

Seronok jugak tengok 'ketika cinta bertasbih'. Ambik masa banyak hari jugak untuk habiskan cerita ni sebab aku style tengok sikit-sikit. Aku baru jumpa cerita ni, orang lain dah tengok 1-2 tahun yang lalu. Kebetulan tertengok. Walaupun tak dak kena mengena dengan aku pun, tapi cara konflik-konflik yang timbul ini diselesaikan dan menemui jalan keluarnya sangat menarik perhatian. Mungkin ada part-part tertentu yang dekat dengan kita atau kawan-kawan kita diceritakan dalam ni. Semoga boleh dijadikan pengajaran suatu hari nanti.

Selasa, 29 November 2011

Kenduri Kahwin

Bulan cuti sekolah biasa la, mesti banyak kenduri. Ramai jugak kawan-kawan ku yang mengadakan kenduri pernikahan pada cuti kali ni. Tahniah di ucapkan kepada mereka semua, dan semoga berbahagia.

Aku macam biasa, tetap komited dengan kerja. Komited macam mana pun aku tak tau. Ramai yang bertanya bila nak kahwin. Aku pun tak tau nak jawab. Aku bukan tak ada jawapan. Ada, tapi... Aku nak kahwin, tapi tarikhnya tak sampai lagi. Senang cerita, aku simpan saja jawapan tersebut. Bila tiba masanya, jawapan akan diberikan.

Satu lagi masalah, aku nak kahwin dengan sapa? Macam lambat saja jodoh aku. Bukan tak ada orang yang carikan, tapi aku belum terbuka untuk terima. Susah nak cerita apa masalahnya sebab aku pun tak tahu. Seolah-olah terhalang dengan sendirinya. Kadang-kadang aku jadi malas nak fikir tentang semua perkara ni, tapi ia akan terfikir jugak, terpaksalah aku melayan saja. Kosong saja aku rasa hidup ini.

Selasa, 16 Ogos 2011

Terlambat Jugak

Sebelum ni ada seorang kawan ku ingin memperkenalkan aku dengan seorang kawannya. Aku mohon berfikir seketika waktu. Masa berlalu, hampir sebulan juga baru aku bagi keputusan. Sebenarnya aku tak sempat nak fikir sangat tentang perkara ni, sebab aku agak sibuk. Tapi disebabkan kawanku bangkitkannya sekali lagi, maka terima perlawaan tersebut. Aku fikir kalau ada jodoh ada la, kalau tak, belum rezeki ku lagi. Dalam masa yang sama aku letakkan juga harapan.

Selepas itu, giliran aku pulak menunggu keputusan daripada sebelah pihak perempuan. Tapi disebabkan agak sibuk, aku tak berkesempatan online dengan kawan ku, hampir sebulan jugak, baru berkesempatan online dengan dia. Tapi agak kecewa jugak,

"hang terlambat sikit, dia dah ada orang lain".

Terfikir aku, 'terlambat jugak'. Banyak kali jugak aku terlambat macam ni. Tapi tak kan aku nak terima terus bila keadaan camni, mesti aku perlu berfikir jugak. Tak apalah, ini bukan rezeki ku lagi. Moga-moga Allah dah atur yang terbaik untuk ku, Amin... Yang penting aku perlu belajar redha dengan kehidupan yang ditentukan.

Rabu, 10 Ogos 2011

Terlepas Sahur

Bangun pagi tadi dah pukul 6.10 pagi 'Confused' sekejap, macam tak percaya. Terdetik dalam hati "pukul 2.30 pagi kot". Lihat jam sekali lagi, betul la pukul 6.10 pagi. Aduh... aku terlepas sahur hari ni.

Semalam aku balik kerja dah lewat, pukul 11 malam baru sampai rumah. Tengah2 'relax' sambil menonton tv, aku terus tertidur sampai pagi tadi. Itu sebab aku macam tak percaya aku terbangun pukul 6.10 pagi, selalunya kalau aku tertidor macam tu, aku akan tersedar pukul 2.30 pagi atau pukul 4.00 pagi. Ini terus pukul 6.10 pagi. Mungkin sebab aku penat sangat.

Kerja-kerja kelmarin memang amat meletihkan. Pagi kelmarin aku pergi ke pejabat dulu, selepas itu aku terus pergi ke 'site' kerana ada kerja-kerja pengkonkritan. Sampai di 'site', ada masalah kren pulak, masalahnya 'simple' saja, tapi ambil masa yang lama untuk selesaikan. Sebabnya ia perlukan lebih tenaga, daripada akal. Aku juga sibuk membantu bagi pandangan untuk selesaikan masalah tersebut, bersama-sama semua yang terlibat berjemur di tengah2 terik mentari selama 2 jam, tambahan lagi cuaca pulak agak panas kelmarin.

Semua pihak sibuk bertanya, 'macam mana nk buat?', seolah-olahnya menekan aku. Aku pun tertekan jugak. Tapi aku tak peduli, aku tumpukan satu-satu perkara dulu, kerja aku pun aku tinggalkan dulu, sebab masalah ni lebih penting. Bagi aku semua pihak kena faham situasi semasa, jangan nampak bila berlaku sesuatu masalah dijadikan peluang untuk menjatuhkan kredibiliti pihak tersebut. Apalah salahnya kalau turut membantu.

Akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan, dan kerja dapat diteruskan. Tapi kesannya kerja-kerja pengonkritan itu terpaksa dilanjutkan hingga pukul 9.00 malam. Aku terasa macam 'mega structure' la pulak bila menghadapi masalah tersebut. Tapi ini pengalaman yang baik untuk kerja ini.

Selepas berjemur ditengah-tengah panas tersebut, aku memang terasa sangat dahaga. Tapi berusaha meneruskan jugak puasa, 12.00 tghr hingga 7.30 malam aku menahan dahaga. Ini pun pengalaman jugak. Disebabkan kerja-kerja belum lagi selesaikan kami berbuka puasa di 'site' sahaja. Kali pertama berbuka puasa di 'site'.

Selesai kerja, macam biasa ada 'meeting' penutup. Pukul 10.00 malam selesai, aku pun terus balik rumah, sampai rumah lebih kurang pukul 11.00 malam.

Hari ini, aku dah maklumkan aku datang kerja sebelah petang sebab aku nak rehat di rumah sebelah pagi. Tapi dalam pukul 9.00 pagi lebih kurang, 'client' beberapa maklumat untuk 'meeting' mereka. Jadi terpaksa la aku ambik masa lebih kurang sejam untuk sediakan maklumat kepada mereka. Rugi la masa rehat aku sejam.

Sekarang dah pukul 12.00 tghr, rasa masih lagi penat dan mengantuk, tapi aku terpaksa pergi kerja dulu.

*kerja-kerja yang perlu disiapkan sebelum raya masih banyak lagi yang tak diselesaikan.
*tapi yang penting tentang kereta baru untuk ayah aku, ini yang aku perlu selesaikan segera, kalau boleh sebelum raya.



Isnin, 8 Ogos 2011

Kali ke-2 berbuka puasa dalam kereta

Tak sempat balik rumah lagi tadi, maka terpaksa lah berbuka puasa dalam kereta. Berhenti di bahu jalan dan makan saja apa yang dibeli. Nak buat macam mana 'meeting' habis lambat. Nasib hari ini.

Hari ini banyak jugak la kerja-kerja yang dapat disiapkan. Tapi mengapa aku berasa tak selesa hari ini. Ada sesuatu yang terbuku dalam hati yang tak dapat ditembusi oleh fikiranku.

Dah lama tak menulis dalam blog ini. Saja malam ini menjengok kembali blog ni. Dulu ada masa jugak la melontar pandangan dalam ni. Sekarang susah sikit. Siang penat kerja, malam dah malas nak memikir.

Sekarang banyak benda dah berubah, kawan2 ramai yang dah berkahwin dan bina kehidupan masing2. Aku masih tak menemui apa yang dicari. Jauh lagi perjalanan hidup ini. Orang kata kalau berkahwin, dah sempurna sebahagian hidup. Nampaknya kawan2 ku dah sempurna sebahagian hidup mereka. Aku saja belum lagi. Tunggu dan lihat saja la apa nak jadi. Teringat lagu Ali Mamak, 'apa nak jadi, sampai sekarang tak kawin lagi'.