Aku masih mencari sebahagian kesempurnaan kehidupan ku. Lama sudah aku mencari, masih belum ditemui. Setiap hari aku mencari. Perjalanan aku kemana sahaja adalah pencarian. Bermulanya sahaja pergerakan aku, salah satu niat dan harapannya adalah pencarian. Selalu aku impikan untuk berjumpa dengan pencarianku sepanjang perjalanan kemana-mana sahaja. Tapi kerap kali hampa. Sukarnya untuk mencari. Mencari sesuatu yang aku tidak kenal, yang tidak pasti. Cuma berpandukan pandangan, gerak hati dan pertimbangan fikiran. Dan juga keyakinan serta sedikit keberanian.
Kadang-kadang aku menyoal, berapa lama lagi aku perlu mencari. Berulang kali juga aku berputus asa, kemudian datang semula keyakinan baru untuk terus mencari. Begitulah ia berputar. Selalu membuatkan aku resah memikirkannya. Kerap kali membawa fikiran aku untuk berfikir tentang pencarian. Ada kalanya menyebabkan aku hilang fokus dalam kerjaya.
Dalam hati aku selalu terdetik, mengapakah terlalu sukarnya aku dalam pencarian.
Mungkinkah aku terlalu mengharapkan kebetulan. Mungkinkah pencarian aku hanya berpandukan 'signal'. Mungkinkah aku tidak tahu menilai. Mungkinkah aku tidak memahami apa yang aku hadapi.
Aku berdoa supaya diberikan ketenangan dan kemudahan dalam pencarian di akhir doa solat ku.
Allah menguji aku, adakah aku akan sabar atau sebaliknya....
Allah menguji aku dengan kesukaran mencari. Biarlah aku dapat bersabar dengan pencarian ini jikalau akhirnya menjadikan aku seorang yang menghargai pertemuan nanti.
Allah menguji aku dengan keraguan hati. Biarlah aku dapat berusaha untuk meneguhkan keyakinan diri jikalau akhirnya menjadikan aku tetap dengan pendirian dalam membuat keputusan.
Allah menguji aku dengan kekurangan. Biarlah aku dapat mencari kekuatan untuk tingkatkan kehidupan diri jikalau akhirnya menjadikan aku dapat menjaga sesuatu yang diberikan.
Semogalah berjumpalah dengan pencarian.
'Pencarian adalah nikmat, semoga terkandung di dalamnya pahala sabar.'
Isnin, 24 September 2012
Khamis, 13 September 2012
Apa Ia?
Hari ini hujan lebat dan lama. Dari pagi tadi sampai sekarang belum berhenti lagi. Hujan jangan sampai banjir sudah la. Bila banjir, itu dah kira musibah. Ramai orang akan terlibat dan terpaksa menghadapinya.
Dah lama aku dok dengar hiburan terbaru ini. Sejak dalam puasa lagi. Tapi aku tak ambik kisah pun dan aku malas nak ambik tahu. Tapi sejak semakin diheboh-hebohkan oleh pelbagai pihak, aku pun nak tau jugak apa ia 'Gangnam Style', sampai riuh satu Malaya (ayat orang lama). Aku dengar sampai pelajar-pelajar universiti pun dah terikut-ikut dengan benda ni. Mula-mula sekali aku terpikir 'best' ka 'gangnam style' ni. Aku cari dalam youtube, confirm jumpa punya. La rupa-rupanya ia sejenis tarian yang aku malas nak ambik tau lagi datang dari mana, sapa cipta. Aku cuma nak tahu gambarannya saja. Tarian kuda rupanya. Aku pun tak tahu apa yang 'best'nya dengan bennda ni. Orang Melayu pun dah ada tarian kuda, tarian kuda kepang. Mengapa tak dikormesialkan saja tarian kuda kepang ni kalau dah minat sangat nak menari. Itulah mentaliti masyarakat kita hari ini terutamanya generasi baru. Kita suka terikut-ikut. Orang buat apa pun ikut. Tak pun cipta lah tarian baru sendiri, tarian ayam ka, siput sedut ka. Lepas tu kormersialkan..... baru style...

Langgan:
Catatan (Atom)