Hari ini hujan lebat dan lama. Dari pagi tadi sampai sekarang belum berhenti lagi. Hujan jangan sampai banjir sudah la. Bila banjir, itu dah kira musibah. Ramai orang akan terlibat dan terpaksa menghadapinya.
Dah lama aku dok dengar hiburan terbaru ini. Sejak dalam puasa lagi. Tapi aku tak ambik kisah pun dan aku malas nak ambik tahu. Tapi sejak semakin diheboh-hebohkan oleh pelbagai pihak, aku pun nak tau jugak apa ia 'Gangnam Style', sampai riuh satu Malaya (ayat orang lama). Aku dengar sampai pelajar-pelajar universiti pun dah terikut-ikut dengan benda ni. Mula-mula sekali aku terpikir 'best' ka 'gangnam style' ni. Aku cari dalam youtube, confirm jumpa punya. La rupa-rupanya ia sejenis tarian yang aku malas nak ambik tau lagi datang dari mana, sapa cipta. Aku cuma nak tahu gambarannya saja. Tarian kuda rupanya. Aku pun tak tahu apa yang 'best'nya dengan bennda ni. Orang Melayu pun dah ada tarian kuda, tarian kuda kepang. Mengapa tak dikormesialkan saja tarian kuda kepang ni kalau dah minat sangat nak menari. Itulah mentaliti masyarakat kita hari ini terutamanya generasi baru. Kita suka terikut-ikut. Orang buat apa pun ikut. Tak pun cipta lah tarian baru sendiri, tarian ayam ka, siput sedut ka. Lepas tu kormersialkan..... baru style...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan