Selasa, 5 November 2013

Hijrah

Selamat Tahun Baru Hijrah

Pesan Tok Ayah dan Surah Al- Insyirah

Pada suatu malam yg sunyi, aku asyik mengenangkan kisah kehidupanku yg pelbagai suka dan duka. Aku merasakan banyak kesukaran yang ku tempuhi dalam hidup ini. Banyak perkara yg aku harapkan, tak mendapat seperti yg diharapkan. Ketika aku tiba-tiba teringat pesan tok ayah aku semasa aku di tingkatan 5, beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia. Aku Pesannya 'hafal dan selalu baca surah Al-Insyirsh'. Pada ketika aku hanya mengangguk dan hafal surah ni dan amalkan untuk beberapa ketika. Selepas itu aku melupakannya.

Semalam, selepas 12 tahun. Aku kembali terfikir mengapa tok ayah suruh aku amalkan surah itu. Aku rasa mesti ada sesuatu hikmah.

Aku tak pandai agama. Jadi aku cari terjemahan surah Al-Insyirah ini. Aku baca terjemahannya satu per satu.

1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?

2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)

3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemulian)?

5) Oleh itu, maka (tetapkaanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemuadahan.

6) (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap- kesukaran disertai kemudahan.

7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha ( mengerjakan amal soleh yang lain).

8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Setelah membaca terjemahan ini baru aku faham. Memang kena sangat dengan diriku ini. Insyaallah, aku akan kembali beramal dengan surah ini.

Semoga Allah S.W.T. memberi ganjaran yang besar kepada Tok Ayah aku di alam sana kerana meninggalkan pesan ini kepada cucumu.

Walau apa pun aku rasakan perlu lagi mengetahui tentang surah ini bila ia diturunkan, dimana diturunkan, sebab diturunkan dan lain-lain lagi.

Sabtu, 1 Jun 2013

Menunggu Petunjuk

Sebelum aku berhijrah ke Kuala Lumpur, ada sahabat aku yang mencadangkan aku dengan seorang doktor. Perkara ni timbul ketika minggu terakhir aku bertugas di kedah. Pada masa tu, aku, sahabat, isterinya dan anak2nya yg masih kecil pulang dari alor setar. Aku dan sahabat aku pergi menonton bola sepak di stadium manakala isterinya ke rumah kawan isterinya. Ketika dalam perjalanan pulang tu, isterinya membangkitkan soal kawannya yang bekerja sebagai doktor. Isterinya mencadangkan kepada aku. Aku memang tiada jawapan sebab aku tak kenal, tak pernah bertemu. Tak kan aku nak setuju terus walaupun aku memang sedang mencari. Jenis yang macam aku, perlu tengok dulu untuk menyatakan 'ya' tu. Dan ramai yg macam aku. Bila dah tengok dan ada satu perasaan yang lain dari biasa, baru aku akan katakan 'ya'. Kalau tiada rasa apa2, aku tak boleh gagahkan jugak. Walaupun apa yang aku yakin ini dah berapa2 kali gagal, tapi aku masih percayakannya.

Akhirnya aku menyatakan, aku perlu tengok dahulu. Dan mereka akan berurusan dengan doktor tersebut. Aku syorkan tengok fb aku dahulu.

Setelah beberapa hari aku di transfer kan ke KL, sahabat aku menghubungi aku. Dia memberitahu bahawa doktor tu dah tengok fb aku, tapi dia mempersoalkan bahawa bersediakah aku mengharungi kehidupan bersama seorang doktor. Baru aku terfikir perkara yg tak pernah aku fikir sebelum ini. Kemudian aku ingat aku boleh tengok gambar ke apa ka tentang doktor ni, kawan aku cakap dia tak dak fb pulak. Dia suruh aku fikirkan persoalan itu dulu, baru boleh ke step yg seterusnya. Nampaknya kena fikir dulu la aku. Kalau boleh tengok gambar dulu mungkin aku boleh bagi jawapan terus, ya atau tidak. Aku pun tiba2 bersetuju untuk fikir tentang persoalan itu. Entah macam mana aku boleh positif untuk bersetuju. Sejak akhir2 ini banyak benda yg aku fikir positif. Mungkin terpengaruh dengan ceramah2 yg aku dengar dekat youtube dan radio. Dalam kepala aku ketika bersetuju tu, aku rasa ini peluang aku untuk istikharah dan bertawakal.

Selepas beberapa hari ada la aku dapat peluang beristikharah dan tahajjud sekali. Bukan senang orang banyak dosa macam aku dapat peluang macam tu. Menyeronokkan. Kadang2 proses jugak membahagiakan, hasil belum tentu lagi. Sebelum ini aku banyak tumpukan hasil daripada proses. Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan sesuatu yang lain.

Aku sebenarnya susah nak faham petunjuk istikharah ni, hari-hari aku rasa biasa saja, tiada pun perasan yang lain. Tapi apa yang berlaku kepada aku ketika ini seolah aku bergerak sedikit dari lingkungan pemikiran aku. Sebelum ini aku tak pernah terfikir pun tentang dunia doktor ni. Tambahan lagi ada benda yang menjadi ketakutan kepada aku tentang alam hospital dan ubat-ubatnya. Apa yang terjadi? Aku terdorong bertanya kehidupan kawan2 aku yang menjadi suami doktor. Apa yang aku dapat? Mereka menyatakan keyword yang paling utama adalah 'SABAR'. Aku terfikir jugak aku ni seorang yang sabar ka? Tengok keadaan kadang2 tu, kalau mood ok. Lepas tu aku membaca internet tentang suami kepada doktor dan kehidupan seorang doktor. Dan yang paling terkini tiba-tiba aku boleh layan cerita2 tv tentang dunia doktor. Kalau sebelum ni aku tak minat langsung. dan tak pernah tengok.

Mungkin ini yang positifnya, membuatkan aku melihat dunia ke arah sisi yang lain. Tak pasti lagi macam mana lagi keputusan, cuba memuktamadkan secepat mungkin. Kalau ada jodoh, Insyaallah aku cuba menerima keadaan ini. Kalau bukan jodoh, sekurang-kurangnya Allah dah buka penglihatan aku ke arah satu bidang kerjaya yang mulia dan berjasa supaya aku menghormati golongan mereka ini.

Ahad, 21 April 2013

Bukan dia lagi

Aku sangkakan aku dah temui apa yang aku cari selama ini. Aku membuka bicara menanyakan latarbelakang dan peribadinya. Dia menjawab semua pertanyaanku. 5 hari aku cuba memastikan sama ada aku dah berkenan seseorang. Akhirnya aku merasakan aku hampir pasti. Lalu aku hubunginya dan menanyakan soalan peribadi yang lebih detail. Aku bertanyakan kepadanya adakah dia telah berkahwin atau bertunang. Dia menjawab Insyaallah akan datang. Aku lanjutkan pertanyaan tadi sebab jawapan yang diberikan belum memuaskan hati aku lagi dan menimbulkan persoalan di fikiran aku kembali. Aku menanyakan lagi, adakah dia sudah dilamar. Dan dia menjawab, sudah. Aku terdiam sebentar. Dalam hati aku berkata kesal, mengapa bukan aku dahulu melamarnya. Kemudia menjawab dengan menyembunyikan semua perasaan aku, ooo... ok... Lalu dia bertanya kembali, kenapa? Aku jawab, tak dak apa-apa la, saja tanya. Aku beritahunya kembali, aku ssebenarnya ada banyak soalan lagi yang hendak ditanya. Dia memberi peluang untuk bertanya. Tapi rasanya dah tak sesuai untuk aku bertanya lagi. Lalu aku menjawab aku akan bertanya lagi pada masa yang lain. Tapi sebenarnya niat aku untuk menamatkan perbualan sahaja. Sebelum aku tamatkan perbualan, sekali lagi aku bertanya, adakah dia sudah dilamar, dan dia menjawab sudah. Dan aku rasakan dah jelas dengan pendiriannya.

Akhirnya, aku rasa sampai disini sahaja perhubungan aku dan dia. Tak perlu aku mengganggu milik orang lain. Tak apalah masa aku belum tiba lagi, penantian aku belum berakhir lagi. Selagi terdaya aku akan simpan niat ini. Allah tahu bila masa yang sesuai untuk aku. Bersabar dan redhalah.

Kadang aku terkilan jugak dengan ujian kekurangan dan kelemahan serta kesusahan hidup, penderitaan jiwa yang Allah berikan kepada aku. Tapi aku tetap usaha untuk bersabar menghadapi segalanya.

Walaupun bukan dia lagi, tapi aku rasakan tak kan lah tak dak langsung. Insyaallah ada...

Selasa, 16 April 2013

Tak Boleh Tidur

Alamak, tak boleh tidur la pulak malam ni. Nak buat apa la waktu-waktu macam. Jam dah 1 pagi. Esok nak kerja ni. Baca buku sudah, dengar ceramah pun sudah. Tapi tak mengantuk jugak.

Petang tadi ada seorang kawan telefon, mula-mula tanya pasal masalah kerja. Lama sembang pasal kerja ni. Lepas tu tanya pasal kahwin la. Bila nak kahwin? Dah ada calon kah? Aku dah agak dah. Kalau telefon, ni la topik utamanya.

Malam ni ada yang mesej jugak. Mula-mula tanya keja mana... Maklum la lama tak contact. Lepas tu kahwin jugak yang ditanya. Tapi bagus jugak, ingat jugak aku yang bujang ni, kesunyian ni.

Semua tanya pasal kahwin ni. Tau la aku sorang yang tak kahwin2 lagi. Aduh mak ai, sedih mengenangkan nasib diri.

Bagaimana nak tutup mulut mereka2 ni semua... Jawabnya aku kena kahwin la, habis cerita.

Tapi aku rasa tak semudah itu. Aku saja yang tahu apa yang aku rasa ketika ini. Aku saja yang simpan semua kisah2 perjalanan aku untuk berkahwin ni. Aku saja yang merasai ujian2 dan kesulitan yang Allah berikan kepada aku ketika ini, ketika diri aku ingin berkahwin. Susah dan sukarnya aku mencari jalan untuk berkahwin, sehingga aku tak nampak bila aku boleh berkahwin. Perancangan bertukar perancangan yang sering aku ilhamkan untuk dilaksanakan, namun ada saja halangan dan datangnya kesulitan menghampakan segalanya. Semua orang disekeliling aku tak tahu tentang apa sedang aku hadapi ini, dan aku tak akan beritahu sesiapa tentangnya selagi aku mampu menanggungnya. Ini antara aku dan Allah. Belajar meredhai apa yang Allah berikan kepada aku. Belajar menjadi hamba Allah. Belajar menjinakkan hati yang degil. Walau pelbagai musibah yang datang, tapi aku tetap leka dan terus dibuai helah dunia.

Siapa yang tak mahu berkahwin. Tapi aku yakin ujian2 dan kesulitan yang Allah berikan kepada aku pada masa ini menunjukkan belum tiba masanya untuk aku berkahwin. Walaupun usia aku semakin bertambah, tapi dengan keadaan sekarang ini, aku memujuk diri ini 'bersabarlah duhai hati', kemudian redha dan bersyukurlah dengan ketentuan tuhan. Allah tahu apa amanah yang harus aku galas ketika ini. Perbaikilah diri dahulu, sampai masanya, Allah akan tambah amanah yang engkau inginkan itu dibahu mu. Semoga bersedia bila saat itu.