Alamak, tak boleh tidur la pulak malam ni. Nak buat apa la waktu-waktu macam. Jam dah 1 pagi. Esok nak kerja ni. Baca buku sudah, dengar ceramah pun sudah. Tapi tak mengantuk jugak.
Petang tadi ada seorang kawan telefon, mula-mula tanya pasal masalah kerja. Lama sembang pasal kerja ni. Lepas tu tanya pasal kahwin la. Bila nak kahwin? Dah ada calon kah? Aku dah agak dah. Kalau telefon, ni la topik utamanya.
Malam ni ada yang mesej jugak. Mula-mula tanya keja mana... Maklum la lama tak contact. Lepas tu kahwin jugak yang ditanya. Tapi bagus jugak, ingat jugak aku yang bujang ni, kesunyian ni.
Semua tanya pasal kahwin ni. Tau la aku sorang yang tak kahwin2 lagi. Aduh mak ai, sedih mengenangkan nasib diri.
Bagaimana nak tutup mulut mereka2 ni semua... Jawabnya aku kena kahwin la, habis cerita.
Tapi aku rasa tak semudah itu. Aku saja yang tahu apa yang aku rasa ketika ini. Aku saja yang simpan semua kisah2 perjalanan aku untuk berkahwin ni. Aku saja yang merasai ujian2 dan kesulitan yang Allah berikan kepada aku ketika ini, ketika diri aku ingin berkahwin. Susah dan sukarnya aku mencari jalan untuk berkahwin, sehingga aku tak nampak bila aku boleh berkahwin. Perancangan bertukar perancangan yang sering aku ilhamkan untuk dilaksanakan, namun ada saja halangan dan datangnya kesulitan menghampakan segalanya. Semua orang disekeliling aku tak tahu tentang apa sedang aku hadapi ini, dan aku tak akan beritahu sesiapa tentangnya selagi aku mampu menanggungnya. Ini antara aku dan Allah. Belajar meredhai apa yang Allah berikan kepada aku. Belajar menjadi hamba Allah. Belajar menjinakkan hati yang degil. Walau pelbagai musibah yang datang, tapi aku tetap leka dan terus dibuai helah dunia.
Siapa yang tak mahu berkahwin. Tapi aku yakin ujian2 dan kesulitan yang Allah berikan kepada aku pada masa ini menunjukkan belum tiba masanya untuk aku berkahwin. Walaupun usia aku semakin bertambah, tapi dengan keadaan sekarang ini, aku memujuk diri ini 'bersabarlah duhai hati', kemudian redha dan bersyukurlah dengan ketentuan tuhan. Allah tahu apa amanah yang harus aku galas ketika ini. Perbaikilah diri dahulu, sampai masanya, Allah akan tambah amanah yang engkau inginkan itu dibahu mu. Semoga bersedia bila saat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan