Suasana di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada 1 Jun 2012.
- Bertolak dari rumah pada pukul 12.00 tengah hari.
- Solat Jumaat di Masjid Perwaja, Gurun. Khutbah Jumaat disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS. Menyaksikan perlepasan peserta konvoi anak muda ke Himpunan Hijau di dataran Perwaja, Gurun.
- Bergerak ke Alor Setar melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Bilangan kereta di atas lebuhraya meningkat berbanding hari-hari biasa, menunjukkan pergerakan peserta-peserta ke Stadium Darul Aman. Memilih untuk 'exit' melalui Alor Setar (Utara) kerana menjangkakan ramai yang akan 'exit' melalui Alor Setar (Selatan).
- Keadaan telah pun sesak di jalan-jalan utama menuju ke Stadium. Memilih untuk meletakkan kenderaan di Komplek Perniagaan Jalan Sultanah Sambungan, berhampiran Bank Islam, kerana telah dimaklumkan kenderaan bergerak perlahan di jalan-jalan menuju ke stadium.
- Hujan turun lebat, berehat di sekitar kompleks perniagaan tersebut. Semakin ramai peserta turut meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.
- Setelah hujan berhenti, mula bergerak ke stadium. Menyertai peserta-peserta yang lain yang telah lebih awal.
- Himpunan Hijau ke Putrajaya.
- Pukul 1.30 pagi bertolak balik. Kelihatan ramai peserta yang singgah di gerai-gerai makan sepanjang jalan dari Alor Setar ke Baling dari pukul 1.30 pagi hingga 3.30 pagi. Ada gerai-gerai yang telah kehabisan makanan dan hanya dapat menyediakan air sahaja. Bayangkan, kesan Himpunan Hijau ini melimpah hingga melebihi jarak 100km dari tempat perhimpunan. Himpunan di Alor Setar, tapi peniaga-peniaga gerai makanan di Baling jugak dapat merasainya.
- Ada yang mengambil peluang menziarahi Kampung Memali dan mengunjungi pusara Syuhada di Parit Panjang, Baling, samada sebelum dan selepas Himpunan Hijau tersebut. Terutamanya peserta dari Selangor dan Johor. Memali adalah sejarah kezaliman terbesar UMNO terhadap PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan