"Apabila kita setiap masa memikirkan persoalan jodoh kita, adakah ia menandakan kita semakin hampir untuk bertemu dengannya ataupun ia sekadar fenomena tindak balas daripada perasaan kesunyian yang dihadapi."
Mengutarakan persoalan 'diri tak memahami hati'. Adakah kita sebenarnya memahami hati kita. Adakah selari apa yang difikirkan oleh akal dengan apa yang dirasakan oleh hati. Kadang-kadang kita merasakan sesuatu itu sesuai untuk kita, tetapi fikiran menyangkalnya dengan pelbagai tanggapan. Siapa yang menguasai seseorang itu, akalnya atau hatinya? Tinggalkan sahaja persoalan ini...
Mengapa kita selalu memikirkan tentang jodoh kita. Memikirkan atau terfikir? Selalunya bermula dengan terfikir, barulah diikuti dengan memikirkan. Jika setiap masa terluang kita asyik terfikir tentang jodoh, bagaimana? Bangun tidur terfikir, masa rehat terfikir, nak tidur pun terfikir jugak. Mula-mula rasa menarik, semakin lama menjadi binggung. Sukar mengerti dan memahami adakah semakin hampir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan