Allah Maha Penyayang, Dia sengaja berikan hati merasa gelisah dan fikiran merasa kusut, supaya kita ingat kepada-Nya dan memohon di atas dosa-dosa yang kita lakukan. Setelah itu, Dia berikan kita ketenangan dan kelapangan serta kegembiraan. Dan ingatlah wahai diri, Allah bila-bila masa sahaja boleh tarik kembali saat-saat itu, dan berikan kita semula keresahan. Juga ingatlah wahai diri, selalulah ingat kepada Allah walaupun engkau bukan hambanya yang soleh, bukan orang yang tahu agama, malah bukanlah daripada orang-orang yang berusaha menghampirimu. Dengan merasa Allah berkuasa ke atas engkau, takutlah engkau untuk melakukan segala dosa.
Perjalanan yang tak tahu bila penghujungnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan