Alhamdulillah, semakin sembuh dari demam. Tapi demam kali ini, fasa teruk tu sekejap saja. Tanda-tanda awal demam dua hari lepas, mula-mula rasa kering dan sakit tekak. Kelmarin, masih lagi sakit tekak ditambah dengan selsema. Pada masa ini dah mula makan panadol. Pagi tadi masih ok lagi. Selepas pukul 10.00 pagi baru masuk fasa teruk. Bila dah masuk fasa ini, satu saja cara aku, makan panadol dan selepas itu tidur sampai sembuh. Kalau tak buat macam ni, selalunya demam aku akan makin teruk. Inilah cara yang aku guna dari kecik lg untuk sembuh dari demam. Emak dan kakak aku cukup faham dengan cara aku ini. Kalau aku tidur tak bangun-bangun tu tandanya aku demam la. Bila orang lain tengok aku keadaan camtu, mereka akan sangkakan aku demam teruk. Padahal ini cara untuk aku sembuh dan kembalikan tenaga dalam badan.
Dan apa yang penting, moga-moga demam atau sakit yang aku hadapi ini dapat menghapuskan dosa-dosa yang banyak aku lakukan setiap hari, Insyaallah. Dan juga dapat memantapkan diri aku dengan sifat sabar dan tenang.
Rabu, 25 April 2012
Selasa, 24 April 2012
Ambang PRU 13: Panorama 1
Bendera-bendera parti-parti politik yang akan bertanding dalam PRU-13, telah banyak dinaikkan di kiri dan kanan jalan.
Bila telah berlaku keadaan seperti ini menandakan PRU-13 sudah semakin hampir.
Penyokong-penyokong dan rakyat telah bersedia, cuma menantikan pengumuman tarikh PRU-13 sahaja.
Banyak pihak beranggapan tarikh PRU-13 yang sesuai adalah sebelum tibanya bulan Ramadhan iaitu sebaik-baiknya sebelum bulan Julai. Atau pun selepas Tahun Baru Cina iaitu selepas bulan Januari.
Bila pun tarikh PRU-13 yang diumumkan, rakyat telah bersedia untuk memilih yang terbaik yang dapat menjamin kehidupan untuk fasa 5 tahun selepas itu.
Ahad, 22 April 2012
Piala FA: Kelantan vs Kedah
Semalam telah berlangsungnya perlawanan separuh akhir pertama Piala FA yang menyaksikan Kelantan dan Kedah seri 1-1. Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang menunjukkan aksi yang menarik terutama jentera serangan pasukan Kelantan dan barisan pertahanan pasukan Kedah. Tetapi yang paling diingati ialah gol 'on the run' pemain import Kedah, Vedran Gerc.
Walaubagaimanapun Kedah perlu meningkatkan prestasi semaksima mungkin untuk perlawanan kedua nanti di Stadium Darul Aman. Nampak ketara beberapa orang pemain Kedah beraksi di bawah prestasi sebenar. Mungkin dengan kehadiran semula pemain import, Safi al-Fatah, Kedah mampu mengawal semula kawasan tengah dan sekaligus dapat mengawal perlawanan nanti.
Jaringan semalam meyakinkan penyokong Kedah yang Vedran Gerc boleh menghasilkan jaringan dalam pelbagai keadaan jika hantaran-hantaran menarik dapat dihantar kepada beliau. Oleh sebab itulah penyokong Kedah mengharapkan kehadiran semula Safi al-Fatah mampu menjana kekuatan di bahagian tengah untuk melancarkan serangan. Jika penguasaan tengah milik Kedah, peratus untuk menang adalah tinggi.
Pada perlawanan semalam, keadaan kelam kabut sering berlaku di barisan pertahanan. Ini mungkin disebabkan pertindihan kawasan penguasaan dan tanggungjawab. Barisan kejurulatihan perlu mempaiki keadaan ini dan memperkukuhkan bahagian ini untuk memastikan Kedah boleh melangkah ke perlawanan akhir.

Selasa, 17 April 2012
PRU 13: Perang Sudah Bermula
PAS - PAKATAN RAKYAT
BARISAN NASIONAL
Gendang menandakan bermulanya perang Pilihanraya ke-13 telah dipalu oleh penyokong kedua-dua paksi politik iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Selamat berjuang!
Kedah Kembali Menang
Kedah kembali menang menewaskan Sarawak 2-0, hasil jaringan pemain import baru vedran gerc.
Sebelum ini Kedah tewas dua kali berturut-turut kepada Felda United dan Sarawak.
Tahniah, dan teruskan rentak kemenangan. Penyokong mahukan kejayaan seperti tahun 2007 dan 2008.

Isnin, 9 April 2012
Ujian dan Pengalaman
Baru-baru ini, entah macam mana aku boleh terpijak paku. Kaki aku berdarah. Rakan-rakan sekerja yang melihat terus menolong bagi rawatan awal. Pada masa tu, aku dah berserah. Aku terus redha. Aku hanya fikir 'nak buat macam mana, dah terkena, berserah saja la, ujian untuk aku'. Aku dah terbayang mesti aku kena cucuk kali ini. Aku memang dah lama mengelak dari kena cucuk ni, sejak dari sekolah lagi. Aku memang seriau kena cucuk ni. Sebab tu, aku mesti mengelak punya kalau ada program derma darah kat universiti dulu. Tapi kali aku tak boleh mengelak dah.
Sebelum dibawa ke hospital, aku berulang-ulang kali tanya kepada rakan-rakan yang lain 'kalau tak cucuk boleh tak?' Mereka jawab nanti ia akan bengkak lagi teruk. Aku lagi takut kalau bengkak dan bernanah. Akhirnya aku pergi jugak ke hospital dan menyerah diri untuk dicucuk. Sebelum dicucuk tu aku mempositifkan diri dan bersedia dengan apa yang aku akan aku hadapi. Kaedah ini berjaya mententeramkan diri aku untuk menghadapi situasi macam ini. Rupa-rupanya macam ini cara untuk kita menghadapi keadaan yang kita tak suka tapi perlu menghadapinya jugak. Yang pertama, kena redha dengan apa yang akan berlaku. Yang kedua, kena yakin bahawa kita mampu menghadapinya. Yang ketiga, tenteramkan diri, jangan masukkan perasaan takut dalam diri.
Setelah dimasukkan ke dalam bilik untuk dicucuk, aku macam orang yang memang pasrah, ikut saja apa yang orang suruh buat nak buat. Mula mereka cuci luka. Kemudian mereka cucuk dibahu. Aku ingat satu tempat saja kena cucuk. Rupa-rupanya kena cucuk satu tempat lagi ditempat luka tadi. Cucuk yang pertama memang aku bersedia, tapi cucuk yang kedua ni aku tak jangka langsung, jadi terasa la sakit tu.
Semasa ambik ubat tu, aku dimaklumkan bahawa doktor ada bagi ubat gastrik kat aku. Terkejut aku, bila masa yang aku terkena gastrik. Tak tahu la, mungkin ubat diberi disebabkan ada kaitan dengan luka aku. Aku pun tak tahu, dah aku pun terlupa nak tanya. Tak apalah, makan sajalah.
Balik saja ke office, aku tanya rakan-rakan lain yang pernah terkena paku ni. Bagaimana pengalaman mereka mengahadapinya. Aku tanya sebenarnya untuk jangkakan berapa hari aku boleh sembuh dah kembali seperti sebelum ini.
Allah S.W.T. uji aku dan memberi pengalaman seperti ini kepada aku. Moga-moga ada kafarah dosa dengan sebab ini.

Tak Faham
Tak faham aku, mengapalah tak faham-faham lagi. Tolong la jangan bebankan aku dengan kerja orang lain. Kerja aku pun dah berlambak. Salah orang lain pun aku nak kena tanggung. Memang la jawatan aku lebih tinggi daripada mereka, tapi aku bukan ketua mereka. Aku ada tugas aku, mereka ada tugas mereka. Nama jawatan tu pun sudah jelas peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kalau aku perlu jawab tugas orang lain, mati la. Mana aku nak tau mereka nak buat apa. Tak kan la aku nak atur kerja mereka. Nama jawatan tu dah bagi tahu tugas yang perlu di buat. Bila mereka jawab tak tahu, cari aku. Mana boleh camtu, aku mana tau kerja apa mereka buat. Aku pun tak pernah pegang jawatan mereka. Jadi aku tak tahu.
Isnin, 2 April 2012
Menunggu Tawaran-tawaran PRU 13
Pada PRU yang sebelum ini, kebanyakkan rakyat kurang melihat tawaran pilihanraya atau manifesto daripada parti-parti politik yang bertanding. Di situ kita boleh simpulkan bahawa wujud keyakinan dan harapan yang tinggi kepada sesebuah parti yang memerintah. Dan juga, wujud anggapan bahawa berjayanya kawalan psikologi yang digerakan oleh media arus perdana yang dikuasai oleh parti yang memerintah.
Namun begitu, berlaku juga siri-siri kejutan dalam beberapa pilihanraya yang lepas. Ia berlaku bukanlah disebabkan oleh 'tawaran pilihanraya' tetapi disebabkan oleh beberapa isu yang berlaku dengan tiba-tiba. Termasuklah juga pengaruh tokoh-tokoh politik yang dulunya daripada parti pemerintah yang berani menentang arus, contohnya Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Bermula pada PRU 12, rakyat sudah semakin bijak menilai 'tawaran pilihanraya', walaupun ketika itu masih wujud pengaruh yang kuat oleh karisma dan dinamika Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pada masa itu terdapat tawaran pilihanraya yang utama untuk menurunkan harga minyak yang kita tak pernah dengar tawaran sebegitu sepanjang PRU yang sebelum ini yang cukup menarik perhatian rakyat. Pada masa itu rakyat mula memikirkan tawaran-tawaran pilihanraya yang ditawarkan walaupun masih dipengaruhi oleh harapan yang tinggi kepada parti pemerintah untuk menjamin masa depan kehidupan mereka. Kebanyakan rakyat juga masih menunggu tawaran balas daripada parti pemerintah berkaitan tawaran tersebut. Tetapi apa yang ditawarkan adalah rakyat ditakutkan dengan fakta-fakta yang diada-adakan dan dipaksakan kepada rakyat untuk menerimanya. Rakyat mula berfikir, satu tawaran memberi jalan dan satu tawaran memberi alasan. Pepatah melayu amat berbekas disini, 'dimana ada kemahuan, disitu ada jalan'. Pepatah ini menjadi inspirasi kepada rakyat menyanggah fakta-fakta parti pemerintah. Akhirnya sebahagian rakyat secara senyap memilih untuk menerima tawaran tersebut.
Pada PRU 13 yang akan datang, 'tawaran pilihanraya' dijangka akan menjadi pertimbangan utama rakyat untuk membuat keputusan parti mana yang akan diangkat menjadi pemerintah. Semakin ramai rakyat sudah mula mempertimbangkan secara serius tawaran-tawaran pilihanraya daripada parti pemerintah dan parti pembangkang.
Baru-baru ini, pimpinan parti pembangkang telah membuat pelbagai tawaran-tawaran utama kepada rakyat, dan tawaran-tawaran yang menarik perhatian ramai ialah memansuhkan PTPTN dan sekaligus merintis kepada tawaran pendidikan percuma kepada rakyat. Satu lagi tawaran yang penting ialah mengulangi sekali lagi tawaran PRU 12 iaitu menurunkan harga minyak. Tawaran-tawaran ini akan menjadi indeks yang tinggi kepada parti pembangkang.
Pada masa ini juga, rakyat masih menanti tawaran balas daripada parti pemerintah. Jika terdapat tawaran balas yang baik dan menarik, ia akan menjadi persaingan yang sengit kepada kedua-dua pihak. Rakyat akan menilai tawaran-tawaran pilihanraya tersebut, dan rakyat akan memilih yang terbaik.

Langgan:
Catatan (Atom)