Alhamdulillah, semakin sembuh dari demam. Tapi demam kali ini, fasa teruk tu sekejap saja. Tanda-tanda awal demam dua hari lepas, mula-mula rasa kering dan sakit tekak. Kelmarin, masih lagi sakit tekak ditambah dengan selsema. Pada masa ini dah mula makan panadol. Pagi tadi masih ok lagi. Selepas pukul 10.00 pagi baru masuk fasa teruk. Bila dah masuk fasa ini, satu saja cara aku, makan panadol dan selepas itu tidur sampai sembuh. Kalau tak buat macam ni, selalunya demam aku akan makin teruk. Inilah cara yang aku guna dari kecik lg untuk sembuh dari demam. Emak dan kakak aku cukup faham dengan cara aku ini. Kalau aku tidur tak bangun-bangun tu tandanya aku demam la. Bila orang lain tengok aku keadaan camtu, mereka akan sangkakan aku demam teruk. Padahal ini cara untuk aku sembuh dan kembalikan tenaga dalam badan.
Dan apa yang penting, moga-moga demam atau sakit yang aku hadapi ini dapat menghapuskan dosa-dosa yang banyak aku lakukan setiap hari, Insyaallah. Dan juga dapat memantapkan diri aku dengan sifat sabar dan tenang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan