Rabu, 16 Mei 2012

Hari Ini Hari Guru

Hari Guru... bila tibanya hari guru aku terkenangkan seorang guru yang bagi aku ada sumbangannya yang aku ingati sampai hari ini. Guru matematik aku. Dia mengajar aku matematik dan matematik tambahan semasa di tingkatan 5. Cara pembelajarannya membuatkan aku rasa seronok belajar. Akhirnya aku berjaya dapat A1 dalam kedua-dua subjek tersebut dalam peperiksaan SPM.

Semasa di tingkatan 5, kehidupan aku agak sukar sedikit. Pada masa ini memang aku teringinkan motorsikal sebab kawan-kawan aku ramai yang bermotorsikal ke sekolah. Tambahan lagi aku baru dapat lesen motor. Aku dah banyak kali minta kepada ayah aku supaya dibelikan motor. Tapi tak dapat. Ini menyebabkan aku kadang-kadang jadi rendah diri dan tak ada semangat nak belajar.

Aku pergi ke sekolah hari-hari berjalan kaki, hampir 2 km jugak jarak rumah ke sekolah. Suatu hari aku pergi sekolah lambat. Sedang berjalan-jalan seorang diri, tiba-tiba sebuah kereta memberhentikan kereta di sebelah aku dan membunyikan hon. Aku fikirkan siapa, rupa-rupanya cikgu matematik aku. Dia ajak aku naik keretanya, aku mula-mula jadi segan. Sebab aku tak pernah tumpang kereta sapa-sapa pergi ke sekolah. Dia kata dah lambat, aku pun naik keretanya. Dia tanya aku kenapa lambat, aku jawab bangun lambat. Dia tanya aku selalu jalan kaki seorang ke? Aku angguk saja.

Mungkin dia kesian kat aku, jadi dia beri tumpuan kat aku sikit masa dalam kelas dan dia ambil berat dengan prestasi aku dalam kedua-dua subjek tersebut. Dan akhirnya orang yang macam aku boleh skor dalam subjek matematik dan matematik tambahan. Antara subjek yang susah bagi aku dan kawan-kawan aku pada masa tu.

Selepas kejadian tu, bila aku ke sekolah lambat dan jika terserempak dengan cikgu ini, dia akan tumpangkan aku. Tapi jarang la sebab aku jadi segan nak tumpang kereta dia. Jadi bila aku aku nampak kereta dia, aku akan mengelak supaya dia tak nampak aku. Biar la aku jalan sorang-sorang. Biar aku belajar macam mana susah, supaya aku tak lupa diri.

Terima kasih jugak kepada ibu dan ayah aku yang tak pernah ajar aku hidup senang. Rupa-rupanya satu latihan bila berkeadaan susah itu. Cabaran yang penuh suka duka.

Apa yang nak diceritakan, inilah salah seorang guru yang berjasa pada aku.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

...bestnya kan kalau kita paham apa yg kita belajar, amik jugak add math ngan mod math dulu, tp 1A kat mod math jeh....add math tak paham...huuu.....bila cuti skolah ada amik tuisyen baru macam clear sket, tp time tu dah form 5, balik hostel cegu yg sama juga...jd terus ngan tak paham.....apa pun, alhamdulillah.....dah sampai jadi 'cegu' macam skrg....


dan..., Tahniah for dat 2 1As..(^_^)

Azizuddin berkata...

Terima kasih...
Memang best kalau setiap benda yg kita buat tu kita faham. Yang ni pengalaman kita dulu, mungkin suasana pembelajaran skrg tak sama mcm dulu. Pengalaman saya dulu, bila kita suka seseorang cikgu tu, ia akan merangsang kita utk seronok belajar. Mungkin keadaan ini masih relevan lagi.

Terima kasih kerana mengunjungi saya.