Persembahan pasukan Kedah dalam perlawanan Liga Super 2012 menentang T-team semalam agak mendukacitakan. Permulaan yang perlahan dan hambar. Prestasi pemain yang cukup mengewakan. Tak tahu dimana silapnya pasukan Kedah ini. Kalau dilihat pada senarai pemain, Kedah adalah pasukan yang hebat sebenarnya, dibarisi pemain kebangsaan dan berpengalaman, ditambah pula dengan kehadiran pemain import yang berkualiti.
Pada separuh masa pertama, pemainan Kedah bermula dengan perlahan dan hambar. Pemain kelihatan seperti tiada idea bila bermain. Hantaran selalu sangkut. Persefahaman yang kurang. Bila dapat bola tak tahu nak buat apa. Pemain lain lambat membuka pergerakan. Akhirnya bola dapat ke pihak lawan.
Pada separuh masa kedua, permulaan agak menarik dan berjaya menghasilkan gol. Tapi selepas itu kembali hambar dan bermain dalam keadaan terpinga-pinga.
Penyokong agak geram dengan persembahan pasukan Kedah. Dalam minit ke-30, penyokong mula menyuarakan kemarahan secara terbuka kepada pemain. Dalam keadaan tinggal saki baki penyokong yang ada, seolah-olah pemain tak menghargai kehadiran penyokong. Kedah bertuah sebenarnya mempunyai penyokong yang fanatik, tetap datang walau menang atau kalah. Bagi penyokong seperti ini, mereka amat mengharapkan kemenangan dan aksi yang menarik. Mereka setia menunggu kemenangan pasukan. Kalau pemain Kedah tak boleh mencapai kemenangan, sekurang-kurangnya tunjuklah aksi yang menarik.
Dari segi formasi, ramai yang berpendapat formasi 5-3-2 atau 3-5-2 tak sesuai dengan corak permainan Kedah. Mereka berpendapat formasi 4-4-2 adalah lebih sesuai untuk pasukan Kedah. Jika dilihat dari segi persembahan dengan formasi semasa ini, pasukan Kedah tidak cukup tenaga apabila menyerang. Ini mebuatkan Kedah kurang menjaringkan gol dalam sesuatu perlawanan. Melihat kepada corak serangan Kedah, bila menyerang wingback terpaksa naik ke atas untuk membantu serangan kerana Kedah masih menggunakan serangan dari tepi walaupun tidak mempunyai pemain sayap. Serangan dari tepi memaksa salah seorang penyerang bergerak dari tepi. Ini membuatkan hanya seorang sahaja penyerang yang berada di posisi berdekatan dengan gawang gol lawan. Dengan keadaan ini, keupayaan untuk menjaringkan gol berkurangan.
Jika dilihat keadaan bila bertahan pula, pertahanan Kedah kekurangan tenaga untuk bertahan bila di serang dari tepi. Ini kerana hanya seorang sahaja yang memainkan peranan di tepi iaitu wingback. Keadaan ini sukar bagi wingback kerana ia tidak dibantu. Jika Kedah mempunyai pemain sayap, selalunya pemain sayap ini akan berada di belakang pertahanan tepi ini dan membantunya. Pemain pertahanan tengah jarang membantu wingback dan kelihatan takut untuk meninggalkan kawasan jagaannya. Ini yang menyebabkan pemain lawan selalu dapat meloloskan diri. Jika diserang dari tengah pula, pemain pertahanan tengah selalu terkeliru antara sama lain.
Kedah boleh bermain dengan formasi 5-3-2 ini, tapi perlukan penguasaan kawasan tengah yang solid. Banyak serangan perlu dilakukan oleh pemain tengah dengan melorongkan bola terus kepada penyerang. Tak perlu kerap melorongkan bola ke tepi dengan mengharapkan overlaping daripada wingback atau pergerakan penyerang ke tepi. Serangan yang biasa dilakukan oleh Kedah ketika ini kurang mendatangkan hasil yang memberangsangkan dan kerap kali mengecewakan.
Oleh itu, Kedah perlu kembali menggunakan formasi 4-4-2 seperti zaman kegemilangannya kerana ini lebih sesuai dengan corak permainan Kedah. Pasukan Kedah perlu menghidupkan kembali peranan pemain sayap. Ramai yang berkeyakinan Kedah boleh kembali mencapai kegemilangan seperti sebelum ini.
Jurulatih Kedah perlu berani pelbagaikan taktik ketika sesuatu perlawanan. Kelihatan sewaktu perlawanan, jurulatih kurang menukarkan taktik perlawanan walaupun taktik asal tak menjadi. Ini perlu diberi perhatian yang serius.
Andaikata, prestasi pasukan Kedah masih tak berubah setelah pelbagai usaha dilakukan. Satu-satunya langkah yang berjaya mengubah pasukan Kedah sebelum ini, iaitu bubarkan pasukan dan bentuk pasukan baru yang dianggotai pemain muda dan pemain yang bersemangat untuk bermain dengan Kedah. Biarkan pemain-pemain yang berlagak 'star' yang tidak bermain secara berpasukan untuk beraksi dengan pasukan lain. Mungkin kehadiran mereka tak serasi dengan pasukan Kedah. Jika penyokong sanggup tunggu 4 tahun tanpa apa-apa piala dengan pemain-pemain ini, tak ada masalah jika kita penyokong boleh bagi tempoh tiga tahun untuk pemain-pemain muda meraih kejayaan seperti sebelum ini. Melihat kepada aksi skuad Piala Presiden, skuad belia bawah 19 tahun dan skuad Sekolah Tunku Anum, Kedah sebenarnya mempunyai ramai pemain muda yang berbakat dan mampu membawa kejayaan kepada pasukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan