Malam tadi aku pergi semula ke stadium setelah beberapa perlawanan tak menyaksikan pasukan Kedah bermain di Stadium Darul Aman. Alhamdulillah Kedah menang malam ini. Sejak dari petang tadi aku terdetik ke stadium untuk tengok main malam ini. Jadi lepas solat maghrib aku pun bertolak pergi. Aku memang dah jangka penonton tak berapa ramai malam ini disebabkan perasaan kecewa dengan aksi dan prestasi Kedah sepanjang musim ini. Betul la, kalau main tak best dan asyik kalah saja, sapa nak pi tengok. Perkara ni, tak boleh nak marah dekat penyokong jugak sebab mereka tak pi ke stadium. Jadi terpulang la, sapa nak pi dan sapa tak mau pi. Yang tak pi tu bukan tak sayang kat pasukan Kedah, tapi perasaan kecewa tu terlalu mendalam sampai tak boleh tengok Kedah kalah depan mata sendiri. Dan yang pi, mereka ni memang kuat la, tetap bagi sokongan walaupun menang atau kalah. Dalam diri mereka setiap penyokong amat mengharapkan pasukan Kedah dapat bangkit dan mencapai kemenangan.
Dalam perlawanan tadi, prestasi agak sederhana, tapi tetap berpuas hati dengan usaha yang dilakukan dan dengan sikap mahukan kemenangan. Dan akhirnya Kedah menang dengan Terengganu malam ini, 2-1. Tahniah kepada pasukan Kedah.
Tak dak apa nak komen banyak-banyak pun sebab banyak yang perlu diperbaiki. Lagi pun dah dekat hujung-hujung liga. Harap dapat menang semua perlawanan yang berbaki. Tapi sekurang-kurangnya biar la dapat beraksi dalam Piala Malaysia dan kekal lagi dalam Liga Super tahun depan.
Saya merasakan jika Kedah tak dapat kekal dalam Liga Super tahun depan, mungkin ramai yang akan berhijrah kerana mendapat tawaran yang lebih baik daripada pasukan lain. Dan begitu juga kalau tak dapat bermain dalam Piala Malaysia tahun ini, ramai juga pemain yang akan dipinjam oleh pasukan lain untuk beraksi bersama mereka sebab ramai pemain Kedah adalah pemain yang hebat. Cuma mereka tak dapat beraksi dengan serasi bersama pasukan Kedah tahun ini.
Kalau benar-benar terjadi ramai yang berhijrah tahun depan, saya rasa penyokong-penyokong dah bersedia untuk memberi harapan kepada wira-wira baru Hijau Kuning tahun depan yang akan dibentuk semula yang dibarisi oleh pemain-pemain muda. Kita bagi tempoh tiga tahun dan Insyaallah zaman kegemilangan akan kembali semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan