"Keinginan, kesungguhan dan keyakinan adalah perkara yang berkait apabila kita hendak melaksanakan sesuatu dalam hidup kita. Seringkali keinginan kita adalah tinggi, tetapi kesungguhan kita tidak setara dengan keinginan, maka keyakinan juga menjadi tidak memuaskan. Maka bila kita hendak melakukan sesuatu perubahan dalam hidup kita, ketiga-tiga elemen ini harus kita letakkan sama aras."
Kita mungkin dah banyak kali hadapi perkara ni, tapi sampai hari ini belum lagi berjaya serapkan perkara ini dalam tindakan. Bila kita nak mencuba lakukan sesuatu, perkara yang selalu menjadi halangan adalah:
1) buntu; Tak nampak jalan untuk bertindak. Kemudian kita abaikan saja. Kesungguhan untuk mencuba tak ada.
2) takut ambil risiko; Kadang-kadang kita tahu jalan mana yang boleh dipertimbangkan untuk mencapai seseuatu itu, tapi kita tak berani nak melaluinya.
3) ragu-ragu; Bila kita mahu melalui jalan yang kita pertimbangkan itu, kadang-kadang kita akan berasa ragu-ragu dengan tindakan kita. Ini yang menyebabkan kita sukar untuk bertindak. Peluang depan mata pun kita biarkan berlalu bila ada ragu-ragu ini.
Inilah antara perkara-perkara lazim yang sering berlaku, yang melambatkan kemajuan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan