Setiap minggu kehidupan kita berjalan seperti biasa, tapi ada hari-hari tertentu kita melakukan sesuatu yang lain dalam minggu tersebut. Macam aku pada hari Isnin yang lepas aku ada meeting di Kuala Lumpur. Tapi pada hari Isnin minggu-minggu yang lain aku bekerja seperti biasa. Jadi hari Isnin yang minggu lepas luar biasa, dan hari Isnin minggu-minggu lain adalah biasa bagi aku. Banyak benda lagi yang kita boleh luar biasakan hari-hari kita, contohnya dengan Ibadat dan lain-lain. Dan ada yang kita catatkan dan ada yang kita pendamkan. Tak semua perkara kita rekodkan, tapi Malaikat akan rekodkan segala apa yang kita buat. Rasa gerun pulak kalau ingat kerja Malaikat ni.
Berbalik kepada hari Isnin yang lepas, aku ada meeting di Kuala Lumpur, aku bertolak dari Kedah pukul 8.30 pagi dan sampai sana pukul 2.00 ptg. Pukul 2.30 ptg terus meeting sampai pukul 5.30 ptg. Selepas semuanya selesai, relax + makan, aku bertolak balik ke Kedah pulak pukul 8.30 mlm dan sampai rumah pukul 1.30 pagi. Apa yang aku nak bagitau, ni lah kali pertama aku drive pi dan balik KL dalam masa 1 hari. Alhamdulillah Allah bagi aku kekutan untuk drive kereta dalam keadaan macam ni. Boleh bertahan mengantuk dan letih. Kalau sebelum ni kalau aku pi KL mesti rehat sana dulu 1 hari atau 2 hari. Ni tak, terus balik. Dari sini aku boleh tau tahap kemampuan aku untuk drive. Ni lah yang akan jadi KPI aku lepas ni.
Hari Khamis lepas, aku balik kampung. Jarak ke kampung aku lebih kurang 1jam 45 minit jugak la. Sampai saja di kam pung lebih kurang pukul 6.45 ptg. Pak-pak menakan (ayah-ayah saudara) aku ajak pi dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus di Gerik. Aku pun bersiap apa lebih kurang, terus drive lagi ke Gerik. Lebih kurang pukul 8.00 malam sampai sana. Solat di Masjid Pekan Gerik. lepas tu terus pi dengar kuliah Ustaz Azhar di padang berhampiran. Ramai jugak yang hadir, penuh padang Lapangan Terbang Tentera Gerik, dianggarkan lebih 50,000 jugak la yang hadir. Kiraan secara pukal la, aku agak panjang dan lebar padang tu 350meter x 150meter, dan setiap orang duduk 1meter seorang, jumlahnya 52,500 orang. Tapi aku nampak macam padang lagi luas, dan orang duduk berhimpit-himpit, bahagian depan memang padat la. Jadi anggarannya lebih 50,000 orang la yang hadir. Kalau kawasan bandar tu tak hairan sangat, kalau kehadiran ramai, ni kawasan luar bandar boleh tarik seramai tu, memang agak mengejutkan la. Fenomena Ustaz Azhar Idrus dah meresap ke semua lapisan masyarakat untuk faham Islam. Dari segi pengisian kuliah boleh tengok dalam Youtube. Aku tak pandai nak ulas sangat.
Hari Sabtu pulak, tiba-tiba ja aku rasa nak pi tengok bola kat Stadium Darul Aman, perlawanan Liga Super Kedah vs Terengganu. Keputusannya Kedah menang 2-1. Tujuan aku pi tengok untuk relax kan diri dan nak kosongkan fikiran. Memang bersedia untuk terima kekalahan Kedah, sebabnya prestasi Kedah mengewakan musim ini. Tapi dalam hati rasa boleh menang, sebab tu yang aku pi jugak untuk bagi sokongan kepada pasukan Kedah. Penyokong setia kena tetap menyokong walaupun kalah.
Inilah sorotan untuk minggu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan