Tiba-tiba saja ada meeting tergempar. Dalam masa 2 hari aku perlu buat persiapan meeting dalam semua perkara. Dari penyediaan dokumen dan report, persiapan tapak projek, uruskan wakil-wakil meeting, persiapan jamuan dan segalanya. Memang memenatkan. Hujung minggu hari tu, cuti aku habis dengan berehat sahaja. Memang keletihan betul.
Minggu lepas juga, dalam kesibukan bekerja, sempat jugak aku mengikuti kuliah Syeikh Nuruddin al-Banjari. Tapi setakat 2 kuliah sahaja yang aku sempat. Ini kali pertama aku ikuti kuliah beliau, sebelum aku hanya dengar nama sahaja. Mula-mula aku sampai aku rasa segan jugak tengok orang-orang yang hadir, maklumlah aku bukan rajin sangat dengar kuliah agama ni, sekali sekala saja. Kalau kuliah Ustaz Azhar Idrus, aku memang dah prepare dalam kereta. Banyak kuliah dia yang aku ada. Tambah-tambah kalau perjalanan jauh, terutamanya balik kampung, aku akan buka dan dengar ceramah beliau dalam kereta. Seronok dan tak menjemukan. Kadang-kadang tu aku dengar jugak kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad, tafsir Nurul Ehsan dan kitab Bahrul Mazi. Kadang-kadang aku terfikir jugak, "asyik dengar cd saja, bila la aku boleh dengar secara live dan istiqamah".
Hari Sabtu baru ni, aku pi Stadium Darul Aman, tengok perlawanan terakhir Liga Super 2012, Kedah lawan Felda United. Keputusan Kedah kalah 2-1. Kalau ikut banyak jugak yang tak puas hati dengan prestasi teruk Kedah ni, tapi lain kali aku komen dalam post lain. Tak ada mood nak komen lagi. Apa-apa pun harap Kedah boleh tingkatkan prestasi dalam Piala Malaysia nanti.
Satu lagi, pada minggu lepas jugak aku terpaksa panjat bumbung di tapak projek untuk isi air dalam tangki air bagi persediaan untuk menjalankan ujian tekanan air, bila orang yang sepatutnya lakukan tak boleh datang kerja dan berhalangan. 5 kali aku turun naik bumbung seorang diri untuk memenuhkan 5 tangki air. Aku mula naik pada pukul 2.30 petang, 5.00 petang, 7.00 malam, 12.00 tengah malam dan 7.00 pagi keesokkannya. Kapasiti tangki 1- 20 gallon, 1- 30 gallon, dan 3- 60 gallon. Paling mencabar masa aku naik isi tangki 60 gallon pada pukul 12 tengah malam tu. Dalam bangunan yang besar tu seorang diri, bahagian bumbung pulak tu, gelap lagi. Bertemankan lampu picit, aku naik bahagian bumbung dengan tangga aluminium. Aku tarik paip air dari bawah dan aku masukan dalam tangki, aku ikat kuat-kuat pada kerangka bumbung tu. Lebih kurang setengah jam aku melakukan kerja dengan pantas, berpeluh-peluh aku. Setelah siap, tanpa berlengah-lengah aku terus turun ke bawah, sambil-sambil tu aku suluh jugak pada bahagian bumbung yang luas tu, tengok-tengok ada apa. Sampai ja di bawah aku terus ke kepala pili dan membukanya. Selepas itu aku balik dan tidur.
Itulah kisah aku minggu lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan