Rabu, 3 Oktober 2012

Adakah Semakin Hampir?

"Apabila kita setiap masa memikirkan persoalan jodoh kita, adakah ia menandakan kita semakin hampir untuk bertemu dengannya ataupun ia sekadar fenomena tindak balas daripada perasaan kesunyian yang dihadapi."

Mengutarakan persoalan 'diri tak memahami hati'. Adakah kita sebenarnya memahami hati kita. Adakah selari apa yang difikirkan oleh akal dengan apa yang dirasakan oleh hati. Kadang-kadang kita merasakan sesuatu itu sesuai untuk kita, tetapi fikiran menyangkalnya dengan pelbagai tanggapan. Siapa yang menguasai seseorang itu, akalnya atau hatinya? Tinggalkan sahaja persoalan ini...

Mengapa kita selalu memikirkan tentang jodoh kita. Memikirkan atau terfikir? Selalunya bermula dengan terfikir, barulah diikuti dengan memikirkan. Jika setiap masa terluang kita asyik terfikir tentang jodoh, bagaimana? Bangun tidur terfikir, masa rehat terfikir, nak tidur pun terfikir jugak. Mula-mula rasa menarik, semakin lama menjadi binggung. Sukar mengerti dan memahami adakah semakin hampir.

Selasa, 2 Oktober 2012

Untuk Diri

Kadang-kadang kita rasa resah dan gelisah. Macam-macam yang bermain difikiran. Ketika ini kita akan berasa kembali ingat kepada Allah. Hati berbicara dan kita memohon agar Allah permudahkan urusan kita dan keluarkan kita daripada keadaan kekusutan. Ketika ini kita akan teringat akan dosa-dosa yang kita lakukan, dan kita akui itu adalah kesalahan yang kita lakukan, yang sebelum ini kita anggap remeh sahaja dan kita tak mempedulikannya.

Allah Maha Penyayang, Dia sengaja berikan hati merasa gelisah dan fikiran merasa kusut, supaya kita ingat kepada-Nya dan memohon di atas dosa-dosa yang kita lakukan. Setelah itu, Dia berikan kita ketenangan dan kelapangan serta kegembiraan. Dan ingatlah wahai diri, Allah bila-bila masa sahaja boleh tarik kembali saat-saat itu, dan berikan kita semula keresahan. Juga ingatlah wahai diri, selalulah ingat kepada Allah walaupun engkau bukan hambanya yang soleh, bukan orang yang tahu agama, malah bukanlah daripada orang-orang yang berusaha menghampirimu. Dengan merasa Allah berkuasa ke atas engkau, takutlah engkau untuk melakukan segala dosa.

 
Perjalanan yang tak tahu bila penghujungnya

Isnin, 24 September 2012

Aku Masih Mencari

Aku masih mencari sebahagian kesempurnaan kehidupan ku. Lama sudah aku mencari, masih belum ditemui. Setiap hari aku mencari. Perjalanan aku kemana sahaja adalah pencarian. Bermulanya sahaja pergerakan aku, salah satu niat dan harapannya adalah pencarian. Selalu aku impikan untuk berjumpa dengan pencarianku sepanjang perjalanan kemana-mana sahaja. Tapi kerap kali hampa. Sukarnya untuk mencari. Mencari sesuatu yang aku tidak kenal, yang tidak pasti. Cuma berpandukan pandangan, gerak hati dan pertimbangan fikiran. Dan juga keyakinan serta sedikit keberanian.

Kadang-kadang aku menyoal, berapa lama lagi aku perlu mencari. Berulang kali juga aku berputus asa, kemudian datang semula keyakinan baru untuk terus mencari. Begitulah ia berputar. Selalu membuatkan aku resah memikirkannya. Kerap kali membawa fikiran aku untuk berfikir tentang pencarian. Ada kalanya menyebabkan aku hilang fokus dalam kerjaya.

Dalam hati aku selalu terdetik, mengapakah terlalu sukarnya aku dalam pencarian.

Mungkinkah aku terlalu mengharapkan kebetulan. Mungkinkah pencarian aku hanya berpandukan 'signal'. Mungkinkah aku tidak tahu menilai. Mungkinkah aku tidak memahami apa yang aku hadapi.

Aku berdoa supaya diberikan ketenangan dan kemudahan dalam pencarian di akhir doa solat ku.

Allah menguji aku, adakah aku akan sabar atau sebaliknya....

Allah menguji aku dengan kesukaran mencari. Biarlah aku dapat bersabar dengan pencarian ini jikalau akhirnya menjadikan aku seorang yang menghargai pertemuan nanti.

Allah menguji aku dengan keraguan hati. Biarlah aku dapat berusaha untuk meneguhkan keyakinan diri jikalau akhirnya menjadikan aku tetap dengan pendirian dalam membuat keputusan.

Allah menguji aku dengan kekurangan. Biarlah aku dapat mencari kekuatan untuk tingkatkan kehidupan diri jikalau akhirnya menjadikan aku dapat menjaga sesuatu yang diberikan.

Semogalah berjumpalah dengan pencarian.
'Pencarian adalah nikmat, semoga terkandung di dalamnya pahala sabar.'

Khamis, 13 September 2012

Apa Ia?

Hari ini hujan lebat dan lama. Dari pagi tadi sampai sekarang belum berhenti lagi. Hujan jangan sampai banjir sudah la. Bila banjir, itu dah kira musibah. Ramai orang akan terlibat dan terpaksa menghadapinya.

Dah lama aku dok dengar hiburan terbaru ini. Sejak dalam puasa lagi. Tapi aku tak ambik kisah pun dan aku malas nak ambik tahu. Tapi sejak semakin diheboh-hebohkan oleh pelbagai pihak, aku pun nak tau jugak apa ia 'Gangnam Style', sampai riuh satu Malaya (ayat orang lama). Aku dengar sampai pelajar-pelajar universiti pun dah terikut-ikut dengan benda ni. Mula-mula sekali aku terpikir 'best' ka 'gangnam style' ni. Aku cari dalam youtube, confirm jumpa punya. La rupa-rupanya ia sejenis tarian yang aku malas nak ambik tau lagi datang dari mana, sapa cipta. Aku cuma nak tahu gambarannya saja. Tarian kuda rupanya. Aku pun tak tahu apa yang 'best'nya dengan bennda ni. Orang Melayu pun dah ada tarian kuda, tarian kuda kepang. Mengapa tak dikormesialkan saja tarian kuda kepang ni kalau dah minat sangat nak menari. Itulah mentaliti  masyarakat kita hari ini terutamanya generasi baru. Kita suka terikut-ikut. Orang buat apa pun ikut. Tak pun cipta lah tarian baru sendiri, tarian ayam ka, siput sedut ka. Lepas tu kormersialkan..... baru style...

Rabu, 1 Ogos 2012

Masa Untuk Sesuatu Yang Belum Dijumpai

Sejak akhir-akhir ini masa aku banyak dihabiskan kepada perkara yang belum aku jumpa lagi. Sampai bila harus begini. Banyak masa yang aku gunakan. Menyebabkan masa aku untuk perkara-perkara lain menjadi terhad. Adakah ini tujuan dan matlamat utama aku masa ini? Adakah ini matlamat no. 1 aku sekarang? Aku pun tak pasti. Tapi yang pastinya aku menggunakan masa aku untuk perkara ini dengan terlalu banyak seolah-olah ini perkara utama aku. Padahal aku ada banyak matlamat-matlamat hidup aku yang lain yang juga penting. Bolehkah aku aku berkata 'cukup untuk setakat ini'...  Oh, tidak. Ini nada orang yang kecewa dan berputus asa. Aku tak boleh berputus asa, dan aku tak boleh ajar diri aku berputus asa....

Selasa, 31 Julai 2012

Keinginan, Kesungguhan dan Keyakinan

"Keinginan, kesungguhan dan keyakinan adalah perkara yang berkait apabila kita hendak melaksanakan sesuatu dalam hidup kita. Seringkali keinginan kita adalah tinggi, tetapi kesungguhan kita tidak setara dengan keinginan, maka keyakinan juga menjadi tidak memuaskan. Maka bila kita hendak melakukan sesuatu perubahan dalam hidup kita, ketiga-tiga elemen ini harus kita letakkan sama aras."

Kita mungkin dah banyak kali hadapi perkara ni, tapi sampai hari ini belum lagi berjaya serapkan perkara ini dalam tindakan. Bila kita nak mencuba lakukan sesuatu, perkara yang selalu menjadi halangan adalah:
1) buntu; Tak nampak jalan untuk bertindak. Kemudian kita abaikan saja. Kesungguhan untuk mencuba tak ada.
2) takut ambil risiko; Kadang-kadang kita tahu jalan mana yang boleh dipertimbangkan untuk mencapai seseuatu itu, tapi kita tak berani nak melaluinya.
3) ragu-ragu; Bila kita mahu melalui jalan yang kita pertimbangkan itu, kadang-kadang kita akan berasa ragu-ragu dengan tindakan kita. Ini yang menyebabkan kita sukar untuk bertindak. Peluang depan mata pun kita biarkan berlalu bila ada ragu-ragu ini.

Inilah antara perkara-perkara lazim yang sering berlaku, yang melambatkan kemajuan diri.

Ahad, 15 Julai 2012

Sorotan Minggu ke-2, Julai 2012

Tiba-tiba saja ada meeting tergempar. Dalam masa 2 hari aku perlu buat persiapan meeting dalam semua perkara. Dari penyediaan dokumen dan report, persiapan tapak projek, uruskan wakil-wakil meeting, persiapan jamuan dan segalanya. Memang memenatkan. Hujung minggu hari tu, cuti aku habis dengan berehat sahaja. Memang keletihan betul.

Minggu lepas juga, dalam kesibukan bekerja, sempat jugak aku mengikuti kuliah Syeikh Nuruddin al-Banjari. Tapi setakat 2 kuliah sahaja yang aku sempat. Ini kali pertama aku ikuti kuliah beliau, sebelum aku hanya dengar nama sahaja. Mula-mula aku sampai aku rasa segan jugak tengok orang-orang yang hadir, maklumlah aku bukan rajin sangat dengar kuliah agama ni, sekali sekala saja. Kalau kuliah Ustaz Azhar Idrus, aku memang dah prepare dalam kereta. Banyak kuliah dia yang aku ada. Tambah-tambah kalau perjalanan jauh, terutamanya balik kampung, aku akan buka dan dengar ceramah beliau dalam kereta. Seronok dan tak menjemukan. Kadang-kadang tu aku dengar jugak kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad, tafsir Nurul Ehsan dan kitab Bahrul Mazi. Kadang-kadang aku terfikir jugak, "asyik dengar cd saja, bila la aku boleh dengar secara live dan istiqamah".

Hari Sabtu baru ni, aku pi Stadium Darul Aman, tengok perlawanan terakhir Liga Super 2012, Kedah lawan Felda United. Keputusan Kedah kalah 2-1. Kalau ikut banyak jugak yang tak puas hati dengan prestasi teruk Kedah ni, tapi lain kali aku komen dalam post lain. Tak ada mood nak komen lagi. Apa-apa pun harap Kedah boleh tingkatkan prestasi dalam Piala Malaysia nanti.

Satu lagi, pada minggu lepas jugak aku terpaksa panjat bumbung di tapak projek untuk isi air dalam tangki air bagi persediaan untuk menjalankan ujian tekanan air, bila orang yang sepatutnya lakukan tak boleh datang kerja dan berhalangan. 5 kali aku turun naik bumbung seorang diri untuk memenuhkan 5 tangki air. Aku mula naik pada pukul 2.30 petang, 5.00 petang, 7.00 malam, 12.00 tengah malam dan 7.00 pagi keesokkannya. Kapasiti tangki 1- 20 gallon, 1- 30 gallon, dan 3- 60 gallon. Paling mencabar masa aku naik isi tangki 60 gallon pada pukul 12 tengah malam tu. Dalam bangunan yang besar tu seorang diri, bahagian bumbung pulak tu, gelap lagi. Bertemankan lampu picit, aku naik bahagian bumbung dengan tangga aluminium. Aku tarik paip air dari bawah dan aku masukan dalam tangki, aku ikat kuat-kuat pada kerangka bumbung tu. Lebih kurang setengah jam aku melakukan kerja dengan pantas, berpeluh-peluh aku. Setelah siap, tanpa berlengah-lengah aku terus turun ke bawah, sambil-sambil tu aku suluh jugak pada bahagian bumbung yang luas tu, tengok-tengok ada apa. Sampai ja di bawah aku terus ke kepala pili dan membukanya. Selepas itu aku balik dan tidur.

Itulah kisah aku minggu lepas.

Ahad, 8 Julai 2012

Cahaya di Celah Dedaunan


Kadang-kadang kita buntu, seperti tak tahu nak fikir apa. Tapi yang sebenarnya kita sedang berfikir untuk berfikir tentang apa-apa yang kita nak lakukan. Makanya kita buntu dalam berfikir.

Salah satu cara untuk memulihkan kebuntuan kita dalam berfikir, lihatlah alam sekitar. Hayati dan nikmatilah keindahan alam. Selepas itu, kita akan berasa segar untuk berfikir semula.

Isnin, 2 Julai 2012

Sorotan Minggu ke-4, Jun 2012

Setiap minggu kehidupan kita berjalan seperti biasa, tapi ada hari-hari tertentu kita melakukan sesuatu yang lain dalam minggu tersebut. Macam aku pada hari Isnin yang lepas aku ada meeting di Kuala Lumpur. Tapi pada hari Isnin minggu-minggu yang lain aku bekerja seperti biasa. Jadi hari Isnin yang minggu lepas luar biasa, dan hari Isnin minggu-minggu lain adalah biasa bagi aku. Banyak benda lagi yang kita boleh luar biasakan hari-hari kita, contohnya dengan Ibadat dan lain-lain. Dan ada yang kita catatkan dan ada yang kita pendamkan. Tak semua perkara kita rekodkan, tapi Malaikat akan rekodkan segala apa yang kita buat. Rasa gerun pulak kalau ingat kerja Malaikat ni.

Berbalik kepada hari Isnin yang lepas, aku ada meeting di Kuala Lumpur, aku bertolak dari Kedah pukul 8.30 pagi dan sampai sana pukul 2.00 ptg. Pukul 2.30 ptg terus meeting sampai pukul 5.30 ptg. Selepas semuanya selesai, relax + makan, aku bertolak balik ke Kedah pulak pukul 8.30 mlm dan sampai rumah pukul 1.30 pagi. Apa yang aku nak bagitau, ni lah kali pertama aku drive pi dan balik KL dalam masa 1 hari. Alhamdulillah Allah bagi aku kekutan untuk drive kereta dalam keadaan macam ni. Boleh bertahan mengantuk dan letih. Kalau sebelum ni kalau aku pi KL mesti rehat sana dulu 1 hari atau 2 hari. Ni tak, terus balik. Dari sini aku boleh tau tahap kemampuan aku untuk drive. Ni lah yang akan jadi KPI aku lepas ni.

Hari Khamis lepas, aku balik kampung. Jarak ke kampung aku lebih kurang 1jam 45 minit jugak la. Sampai saja di kam pung lebih kurang pukul 6.45 ptg. Pak-pak menakan (ayah-ayah saudara) aku ajak pi dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus di Gerik. Aku pun bersiap apa lebih kurang, terus drive lagi ke Gerik. Lebih kurang pukul 8.00 malam sampai sana. Solat di Masjid Pekan Gerik. lepas tu terus pi dengar kuliah Ustaz Azhar di padang berhampiran. Ramai jugak yang hadir, penuh padang Lapangan Terbang Tentera Gerik, dianggarkan lebih 50,000 jugak la yang hadir. Kiraan secara pukal la, aku agak panjang dan lebar padang tu 350meter x 150meter, dan setiap orang duduk 1meter seorang, jumlahnya 52,500 orang. Tapi aku nampak macam padang lagi luas, dan orang duduk berhimpit-himpit, bahagian depan memang padat la. Jadi anggarannya lebih 50,000 orang la yang hadir. Kalau kawasan bandar tu tak hairan sangat, kalau kehadiran ramai, ni kawasan luar bandar boleh tarik seramai tu, memang agak mengejutkan la. Fenomena Ustaz Azhar Idrus dah meresap ke semua lapisan masyarakat untuk faham Islam. Dari segi pengisian kuliah boleh tengok dalam Youtube. Aku tak pandai nak ulas sangat.

Hari Sabtu pulak, tiba-tiba ja aku rasa nak pi tengok bola kat Stadium Darul Aman, perlawanan Liga Super Kedah vs Terengganu. Keputusannya Kedah menang 2-1. Tujuan aku pi tengok untuk relax kan diri dan nak kosongkan fikiran. Memang bersedia untuk terima kekalahan Kedah, sebabnya prestasi Kedah mengewakan musim ini. Tapi dalam hati rasa boleh menang, sebab tu yang aku pi jugak untuk bagi sokongan kepada pasukan Kedah. Penyokong setia kena tetap menyokong walaupun kalah.

Inilah sorotan untuk minggu ini.

Ahad, 1 Julai 2012

Kedah(2) vs Terengganu(1)

Malam tadi aku pergi semula ke stadium setelah beberapa perlawanan tak menyaksikan pasukan Kedah bermain di Stadium Darul Aman.  Alhamdulillah Kedah menang malam ini. Sejak dari petang tadi aku terdetik ke stadium untuk tengok main malam ini. Jadi lepas solat maghrib aku pun bertolak pergi. Aku memang dah jangka penonton tak berapa ramai malam ini disebabkan perasaan kecewa dengan aksi dan prestasi Kedah sepanjang musim ini. Betul la, kalau main tak best dan asyik kalah saja, sapa nak pi tengok. Perkara ni, tak boleh nak marah dekat penyokong jugak sebab mereka tak pi ke stadium. Jadi terpulang la, sapa nak pi dan sapa tak mau pi. Yang tak pi tu bukan tak sayang kat pasukan Kedah, tapi perasaan kecewa tu terlalu mendalam sampai tak boleh tengok Kedah kalah depan mata sendiri. Dan yang pi, mereka ni memang kuat la, tetap bagi sokongan walaupun menang atau kalah. Dalam diri mereka setiap penyokong amat mengharapkan pasukan Kedah dapat bangkit dan mencapai kemenangan.

Dalam perlawanan tadi, prestasi agak sederhana, tapi tetap berpuas hati dengan usaha yang dilakukan dan dengan sikap mahukan kemenangan. Dan akhirnya Kedah menang dengan Terengganu malam ini, 2-1. Tahniah kepada pasukan Kedah.

Tak dak apa nak komen banyak-banyak pun sebab banyak yang perlu diperbaiki. Lagi pun dah dekat hujung-hujung liga. Harap dapat menang semua perlawanan yang berbaki. Tapi sekurang-kurangnya biar la dapat beraksi dalam Piala Malaysia dan kekal lagi dalam Liga Super tahun depan.

Saya merasakan jika Kedah tak dapat kekal dalam Liga Super tahun depan, mungkin ramai yang akan berhijrah kerana mendapat tawaran yang lebih baik daripada pasukan lain. Dan begitu juga kalau tak dapat bermain dalam Piala Malaysia tahun ini, ramai juga pemain yang akan dipinjam oleh pasukan lain untuk beraksi bersama mereka sebab ramai pemain Kedah adalah pemain yang hebat. Cuma mereka tak dapat beraksi dengan serasi bersama pasukan Kedah tahun ini.

Kalau benar-benar terjadi ramai yang berhijrah tahun depan, saya rasa penyokong-penyokong dah bersedia untuk memberi harapan kepada wira-wira baru Hijau Kuning tahun depan yang akan dibentuk semula yang dibarisi oleh pemain-pemain muda. Kita bagi tempoh tiga tahun dan Insyaallah zaman kegemilangan akan kembali semula.

Ahad, 24 Jun 2012

Perasaan

Pernah tak kadang-kadang kita dengan sendirinya berasa sedih, rindu, pilu, sayu, teringat-ingat peristiwa lama, tersentuh jiwa dan banyak lagi perasaan yang berkaitan yang datang ke dalam hati. Tiba-tiba ja ia datang. Dalam keadaan kita sebelum ini tengah relax dan bergelak ketawa. Masa ini baru kita terfikir tentang diri kita, dan betapa kerdilnya kita di dalam dunia ini. Selepas itu kita akan rasa kita perlu betulkan semula hidup kita yang mungkin telah terpesong jauh. Kita akan rasa kita menemui semangat baru untuk hari-hari mendatang.

Namun selepas itu kita akan rasa yakin dengan hidup kita seterusnya. Kita bergembira dan bersedih silih berganti. Kita berasa terkeliru dan kita terpesong lagi dan terus terpesong. Kemudian datang semula perasaan bersalah. Dan kita akan berasa sedih, rindu, pilu, sayu dan tersentuh jiwa seperti sebelumnya. Begitulah ia berulang-ulang. Adakah itu 'hidayah'?

Apakah akan jadi jika kita ketepikan perasaan itu. Adakah kita akan jauh, makin jauh dan terus jauh....

Sabtu, 23 Jun 2012

Mesti Selesai!

Cadang tadi nak pi stadium, tengok bola Kedah lawan Kuala Lumpur. Tapi bila fikirkan persiapan meeting tak setel lagi dan bajet hujung-hujung bulan ni. Maka aku terpaksa batalkan la niat tadi. Apa-apa pun harap pasukan Kedah boleh ubah nasib malam ni. Menang la pulak, asyik kalah ja.

Hari Isnin ni aku ada meeting kat KL. Aku rasa macam malas ja nak pi meeting ni. Tapi nak buat macam mana nak kena pi jugak. Kalau dah nak kena pi jugak, jawabnya aku nak kena bersedia dari mental terutamanya supaya masa dalam meeting dan selepas meeting nanti aku akan rasa relaks dan tiada apa-apa yang berlaku.

Ada satu perkara yang perlu aku selesaikan segera. Memang aku tak boleh tunggu. Moga-moga Allah permudahkan aku untuk dalam perkara ni. Satu perkara yang amat penting dalam hidup aku. Misi 'mesti selesai'. Kalau tidak aku tak boleh duduk diam, aku asyik pikir ja perkara ni sejak kebelakangan ini. Dan aku tak boleh nampak halatuju aku selanjutnya. Aku akan nilai, buat keputusan dan berserah kepada Allah. 'Mesti Selesai'.

Rabu, 20 Jun 2012

Sukar Membuat Keputusan

Kadang-kadang kita rasa macam sukar nak buat keputusan atau nak menentukan pilihan. Kadang-kadang keputusan dah ada, tapi kita sukar untuk nyatakan keputusan tu. Walaupun keputusan hanyalah perkataan 'ya' atau 'tidak'.

Mengapa? Mungkin kerana bila kita nak buat keputusan kita fikirkan kesan ke atas banyak pihak, walaupun dalam soal peribadi kita. Terutamanya kepada ibu bapa kita, keluarga kita atau kawan-kawan kita. Kita akan fikirkan kesan ke atas emosi, masa dan persekitaran. Itu yang meyebabkan kita akan sukar untuk nak buat keputusan.

Mungkin juga kerana budaya yang diterapkan dari kecil, sikap pedulikan orang sekeliling. Sikap ini bagus, tapi kita sukar nak bezakan keadaan mana sikap sebegini berguna pakai.

Dan mungkin, berpunca dari keadaan yang mana kita gagal menguasai diri sendiri dalam satu-satu perkara. Maka kita tak yakin dengan apa yang kita nak putuskan.

Sukar nak buat keputusan ni duduk dalam diri kita, kalau kita yakin dan berani, redah saja la. Apa-apa kesan yang akan berlaku kita kena bersedia untuk terima. Tiga kunci utama; yakin dalam hati, berani bertindak dan bersedia menerima kesan.

Isnin, 18 Jun 2012

Di Minggu-minggu Lepas

Minggu-minggu lepas memang aku agak sibuk sikit. Semua perkara perlu diselesaikan segera. Tiba-tiba saja banyak kerja yang muncul. Tapi Alhamdulillah dapat diselesaikan, walaupun masih ada saki baki yang tinggal. Tapi yang mana yang tinggal tu tak urgent lagi setakat ni.

Hari Khamis lepas ayah aku ajak pi Kuala Lumpur, untuk selesaikan urusan pencennya dan ambik mak aku kat rumah abang aku. Balik-balik ja dari tempat kerja terus bertolak pi Kuala Lumpur. Aku sampai di kampung pukul 8.45 mlm. Bersiap dan berehat sekejap, lepas tu pukul 9.45 mlm bertolak ke Kuala Lumpur melalui Grik - Kuala Kangsar - PLUS Highway. Aku pi sana bersama ayah dan adik aku.

Dari rumah kat kampung aku drive sampai Grik, pastu berhenti makan malam. Maklum la mak aku tak dak kat rumah, terpaksa la kami bertiga makan di kedai. Singgah makan kat Restoran Kari Kepala Ikan di Grik. Lepas tu aku drive lagi sampai R&R Tapah. Dari R&R Tapah ni aku suruh adik aku drive pulak sebab aku saja nak bagi pengalaman kat dia drive dalam perjalanan jauh. Dan satu sebab lagi aku dah mengantuk sangat. Aku memang keletihan sangat sebab kesibukan kerja pada minggu-minggu lepas. Aku bertukar tempat duduk dengan ayah aku, aku duduk belakang sebab aku nak tidur terlentang. Kalau tidur di kerusi depan, aku akan rasa tak puas. Ayah aku duduk di tempat duduk hadapan. Aku pesan kat adik aku drive sampai Restoran Jejantas Sg. Buluh sebab adik aku tak tahu jalan di Kuala Lumpur. Sebaik adik aku drive aku terus tidur hinggalah tiba di Restoran Jejantas Sg. Buloh. Selepas itu, aku drive hinggalah ke rumah abang aku di Kuala Lumpur. Lebih kurang pukul 3.30 pagi la. Sempat jugak la tengok bola EURO dulu.

Pagi itu pulak, kami pi ke Putrajaya untuk selesaikan urusan ayah aku. Disamping itu bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur.

Malamnya, bersama keluarga abang aku bertolak ke rumah kakak aku di Bagan Datoh. Melalu jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam-Hutan Melintang. Keesokannya (Sabtu), bertolak balik kampung. Dalam pukul 6.00 ptg sampai di kampung.

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, ayah aku ada menceritakan bahawa ayah aku dibahagikan tanah pusaka peninggalan tok wan aku di bukit belakang rumah aku. Lebih kurang 500 meter jugak la jarak dari rumah ayah aku. Tanah dusun yang pastinya. Aku pernah pergi beberapa kali sebelum ini, tapi aku tak pasti kedudukan dan keluasan yang sebenar.

Selepas balik dari Kuala Lumpur, keesokannya ayah ajak aku dan adik aku pergi melihat tanah tersebut. Mula terasa berat jugak, sebabnya aku nak hilang letih balik dari Kuala Lumpur, nak kena panjat bukit pulak. Tapi sebab keinginan nak tengok kedudukan dan sempadan sebenar tanah tu aku dan adik aku pergi jugak la. Mula-mula kami cari batu sempadan yang pertama, lepas tu terus masuk ke dalam dan menebas sedikit semak samun yang menghalang laluan. Tengok pokok-pokok buah-buah yang dah besar dan baru nak membesar menimbulkan rasa seronok di hati. Masa menebas tu, adik aku terlihat seekor ular sedang berlingkar di atas dahan pokok salak, aku pun tak tahu ular apa, warna hijau. Ayah aku ambik kayu dan halau ular tersebut supaya pergi sahaja dari situ. Setelah ular itu pergi, kami terus menebas di kawasan lain pulak. Sedang menebas, terjumpa pulak sepasang burung hantu duduk di atas dahan pokok. Aku mula terasa rugi sebab tak bawak kamera masuk ke bukit tersebut. Selepas itu terjumpa pulak sarang lebah yang masih baru, dalam pembinaan la. Rugi-rugi tak bawak kamera, kalau tidak banyak benda boleh tangkap. Pacat tu perkara biasa la masuk hutan.

Rabu, 6 Jun 2012

Himpunan Hijau ke Putrajaya


Suasana di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada 1 Jun 2012.

  • Bertolak dari rumah pada pukul 12.00 tengah hari.
  • Solat Jumaat di Masjid Perwaja, Gurun. Khutbah Jumaat disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS. Menyaksikan perlepasan peserta konvoi anak muda ke Himpunan Hijau di dataran Perwaja, Gurun.
  • Bergerak ke Alor Setar melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Bilangan kereta di atas lebuhraya meningkat berbanding hari-hari biasa, menunjukkan pergerakan peserta-peserta ke Stadium Darul Aman. Memilih untuk 'exit' melalui Alor Setar (Utara) kerana menjangkakan ramai yang akan 'exit' melalui Alor Setar (Selatan).
  • Keadaan telah pun sesak di jalan-jalan utama menuju ke Stadium. Memilih untuk meletakkan kenderaan di Komplek Perniagaan Jalan Sultanah Sambungan, berhampiran Bank Islam, kerana telah dimaklumkan kenderaan bergerak perlahan di jalan-jalan menuju ke stadium.
  • Hujan turun lebat, berehat di sekitar kompleks perniagaan tersebut. Semakin ramai peserta turut meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.
  • Setelah hujan berhenti, mula bergerak ke stadium. Menyertai peserta-peserta yang lain yang telah lebih awal.
  • Himpunan Hijau ke Putrajaya.
  • Pukul 1.30 pagi bertolak balik. Kelihatan ramai peserta yang singgah di gerai-gerai makan sepanjang jalan dari Alor Setar ke Baling dari pukul 1.30 pagi hingga 3.30 pagi. Ada gerai-gerai yang telah kehabisan makanan dan hanya dapat menyediakan air sahaja. Bayangkan, kesan Himpunan Hijau ini melimpah hingga melebihi jarak 100km dari tempat perhimpunan. Himpunan di Alor Setar, tapi peniaga-peniaga gerai makanan di Baling jugak dapat merasainya.
  • Ada yang mengambil peluang menziarahi Kampung Memali dan mengunjungi pusara Syuhada di Parit Panjang, Baling, samada sebelum dan selepas Himpunan Hijau tersebut. Terutamanya peserta dari Selangor dan Johor. Memali adalah sejarah kezaliman terbesar UMNO terhadap PAS.



Kenangan di Himpunan Hijau ke Putrajaya


Rabu, 30 Mei 2012

Cincin Ini


Dah 3 tahun aku beli dan simpan cincin ini. Tapi masih tiada pemilik lagi. Aku pun dah letih dah. Dan aku pun semakin tak reti lagi bab-bab ini. Aku ingat nak bagi kat emak aku la. Ikut dia la nak buat apa pun. Dia nak bagi kat sapa-sapa ka. Tapi mesti dia terkejut kalau aku bagitau yang aku simpan benda ni 3 tahun dah.

Ini suatu pengajaran untuk aku, memang perangai aku akan lebih menghargai jika sesuatu itu sukar didapati.

Gelagat Burung Sekawan


Burung Sekawan




Rabu, 16 Mei 2012

Hari Ini Hari Guru

Hari Guru... bila tibanya hari guru aku terkenangkan seorang guru yang bagi aku ada sumbangannya yang aku ingati sampai hari ini. Guru matematik aku. Dia mengajar aku matematik dan matematik tambahan semasa di tingkatan 5. Cara pembelajarannya membuatkan aku rasa seronok belajar. Akhirnya aku berjaya dapat A1 dalam kedua-dua subjek tersebut dalam peperiksaan SPM.

Semasa di tingkatan 5, kehidupan aku agak sukar sedikit. Pada masa ini memang aku teringinkan motorsikal sebab kawan-kawan aku ramai yang bermotorsikal ke sekolah. Tambahan lagi aku baru dapat lesen motor. Aku dah banyak kali minta kepada ayah aku supaya dibelikan motor. Tapi tak dapat. Ini menyebabkan aku kadang-kadang jadi rendah diri dan tak ada semangat nak belajar.

Aku pergi ke sekolah hari-hari berjalan kaki, hampir 2 km jugak jarak rumah ke sekolah. Suatu hari aku pergi sekolah lambat. Sedang berjalan-jalan seorang diri, tiba-tiba sebuah kereta memberhentikan kereta di sebelah aku dan membunyikan hon. Aku fikirkan siapa, rupa-rupanya cikgu matematik aku. Dia ajak aku naik keretanya, aku mula-mula jadi segan. Sebab aku tak pernah tumpang kereta sapa-sapa pergi ke sekolah. Dia kata dah lambat, aku pun naik keretanya. Dia tanya aku kenapa lambat, aku jawab bangun lambat. Dia tanya aku selalu jalan kaki seorang ke? Aku angguk saja.

Mungkin dia kesian kat aku, jadi dia beri tumpuan kat aku sikit masa dalam kelas dan dia ambil berat dengan prestasi aku dalam kedua-dua subjek tersebut. Dan akhirnya orang yang macam aku boleh skor dalam subjek matematik dan matematik tambahan. Antara subjek yang susah bagi aku dan kawan-kawan aku pada masa tu.

Selepas kejadian tu, bila aku ke sekolah lambat dan jika terserempak dengan cikgu ini, dia akan tumpangkan aku. Tapi jarang la sebab aku jadi segan nak tumpang kereta dia. Jadi bila aku aku nampak kereta dia, aku akan mengelak supaya dia tak nampak aku. Biar la aku jalan sorang-sorang. Biar aku belajar macam mana susah, supaya aku tak lupa diri.

Terima kasih jugak kepada ibu dan ayah aku yang tak pernah ajar aku hidup senang. Rupa-rupanya satu latihan bila berkeadaan susah itu. Cabaran yang penuh suka duka.

Apa yang nak diceritakan, inilah salah seorang guru yang berjasa pada aku.

Demonstrasi Kecil di SDA

Demontrasi atau perhimpunan? Secara umumnya lebih kurang, tetapi terperincinya ia punyai maksud yang berbeza. Itulah yang berlaku semalam di perkarangan Stadium Darul Aman, satu perhimpunan penyokong ataupun demontrasi kecil para penyokong Kedah setelah pasukan kesayangan mereka tewas kepada PKNS dalam aksi Liga Super. Kekalahan dan aksi parmainan yang mengewakan yang ditunjukkan oleh pasukan Kedah menjadi pendorong utama penyokong dengan sendirinya dan dengan rasa bertanggungjawab berhimpun di luar stadium, menyatakan rasa tidak puas hati kepada pengurusan pasukan ekoran prestasi tersebut. Tiada paksaan atau hasutan mana-mana pihak ekoran terjadinya perhimpunan tersebut. Semuanya lahir dari rasa kecewa, dan inginkan perubahan segera di buat oleh pihak pengurusan untuk memulihkan prestasi pasukan Kedah.

Untuk makluman, penyokong Kedah telah bersabar dengan aksi tidak menentu pasukan selama lebih kurang  4 tahun. Mereka tetap datang ke stadium untuk menyatakan sokongan. Namun apabila keadaan pasukan semakin teruk, barulah kita lihat tindakan lebih agresif dilakukan oleh penyokong Kedah supaya tindakan lebih konkrit dan proaktif dilakukan oleh pengurusan Hijau Kuning.

Demontrasi yang terjadi semalam menunjukkan rasa sayang dan sikap ambil berat penyokong Kedah terhadap pasukan. Mereka tidak inginkan pasukan Kedah terus merudum dan akhirnya turun ke liga perdana.

Dalam demontrasi semalam jelas ditunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kegagalan taktikal jurulatih, dan prestasi beberapa pemain utama. Mereka turut mendesak jurulatih meletak jawatan jika tidak ada idea untuk mencorakkan permainan pasukan. Mereka juga mendesak supaya direhatkan beberapa pemain utama yang seolah-olah tidak bersemangat untuk bermain.

Mungkinkah pada tahun hadapan, pengurusan Kedah boleh berkira-kira untuk membubarkan skuad yang mengewakan ini dan memberi peluang kepada skuad muda Kedah melakar kegemilangan pula. Mungkin penyokong boleh bersabar dan memberi masa kepada skuad muda ini untuk mengembalikan zaman kegemilangan Kedah.

Selasa, 15 Mei 2012

Keyakinan Diri?

Kemana perginya keyakinan diriku? Mengapa tiada keyakinan diri? Dalam menghadapi hal-hal jodoh, keyakinan diriku amat kurang sekali, tambahan lagi bila mengetahui si dia dan keluarganya 'lebih' daripada apa yang aku ada. Sememangnya aku memang bersyukur kalau dapat si dia yang 'lebih' daripada aku. Itu dah dikira rezeki datang menggolek. Tapi hati dan perasaan aku akan rasa keadaan yang tak selesa, dan akan wujudnya situasi menolak.

Baru-baru ini, ada tiga orang kawan aku ada cadangkan aku gadis-gadis yang pada pendapat mereka sesuai untuk aku. Tapi masalahnya, disini lah keyakinan diri aku mula terganggu. Aku tak tahu adakah ini biasa bagi semua orang. Masalah inilah yang aku gagal atasi dari dulu. Aku bukan tak mahu kahwin. Aku memang dah terasa sangat sunyi dan merasakan keperluan aku untuk berkahwin. Tambahan lagi kawan-kawan aku seorang demi seorang dah berkahwin.

Aku buat solat hajat dan solat isthikarah minta Allah berikan pertolongan dan petunjuk pada aku. Tapi aku tak pernah konsisten. Aku cuba untuk buat secara konsisten, tapi terasa sukar. Memang aku akui setelah habis belajar dulu, aku dah jarang buat solat-solat sunat. Aku dah jarang berdoa perkara yang lazim aku minta dulu. Aku baru sekali solat hajat dan solat isthikarah dalam hal ini, belum memadai lagi sebenarnya. Aku memang nak buat lagi, tapi susah.

Macam mana lah nak atasi masalah ini. Selagi aku tak dapat selesainya masalah ini, selagi itu aku rasa tak yakin nak bertemu jodoh....

Isnin, 14 Mei 2012

Ambang PRU 13: Panorama 2

UMNO - BARISAN NASIONAL

PAS - PAKATAN RAKYAT

Perang bendera memeriahkan dan menghangatkan lagi suasana PRU 13. Tapi jangan ada yang dengki mendengki. Bersainglah secara sihat. Tak perlu menjatuhkan bendera parti lawan. Kalau dah rasa tercabar naiklah bendera parti anda sebanyaknya.

Rabu, 9 Mei 2012

Kritikan Kepada Skuad Hijau Kuning: Siri 1

Persembahan pasukan Kedah dalam perlawanan Liga Super 2012 menentang T-team semalam agak mendukacitakan. Permulaan yang perlahan dan hambar. Prestasi pemain yang cukup mengewakan. Tak tahu dimana silapnya pasukan Kedah ini. Kalau dilihat pada senarai pemain, Kedah adalah pasukan yang hebat sebenarnya, dibarisi pemain kebangsaan dan berpengalaman, ditambah pula dengan kehadiran pemain import yang berkualiti.

Pada separuh masa pertama, pemainan Kedah bermula dengan perlahan dan hambar. Pemain kelihatan seperti tiada idea bila bermain. Hantaran selalu sangkut. Persefahaman yang kurang. Bila dapat bola tak tahu nak buat apa. Pemain lain lambat membuka pergerakan. Akhirnya bola dapat ke pihak lawan.

Pada separuh masa kedua, permulaan agak menarik dan berjaya menghasilkan gol. Tapi selepas itu kembali hambar dan bermain dalam keadaan terpinga-pinga.

Penyokong agak geram dengan persembahan pasukan Kedah. Dalam minit ke-30, penyokong mula menyuarakan kemarahan secara terbuka kepada pemain. Dalam keadaan tinggal saki baki penyokong yang ada, seolah-olah pemain tak menghargai kehadiran penyokong. Kedah bertuah sebenarnya mempunyai penyokong yang fanatik, tetap datang walau menang atau kalah. Bagi penyokong seperti ini, mereka amat mengharapkan kemenangan dan aksi yang menarik. Mereka setia menunggu kemenangan pasukan. Kalau pemain Kedah tak boleh mencapai kemenangan, sekurang-kurangnya tunjuklah aksi yang menarik.

Dari segi formasi, ramai yang berpendapat formasi 5-3-2 atau 3-5-2 tak sesuai dengan corak permainan Kedah. Mereka berpendapat formasi 4-4-2 adalah lebih sesuai untuk pasukan Kedah. Jika dilihat dari segi persembahan dengan formasi semasa ini, pasukan Kedah tidak cukup tenaga apabila menyerang. Ini mebuatkan Kedah kurang menjaringkan gol dalam sesuatu perlawanan. Melihat kepada corak serangan Kedah, bila menyerang wingback terpaksa naik ke atas untuk membantu serangan kerana Kedah masih menggunakan serangan dari tepi walaupun tidak mempunyai pemain sayap. Serangan dari tepi memaksa salah seorang penyerang bergerak dari tepi. Ini membuatkan hanya seorang sahaja penyerang yang berada di posisi berdekatan dengan gawang gol lawan. Dengan keadaan ini, keupayaan untuk menjaringkan gol berkurangan.

Jika dilihat keadaan bila bertahan pula, pertahanan Kedah kekurangan tenaga untuk bertahan bila di serang dari tepi. Ini kerana hanya seorang sahaja yang memainkan peranan di tepi iaitu wingback. Keadaan ini sukar bagi wingback kerana ia tidak dibantu. Jika Kedah mempunyai pemain sayap, selalunya pemain sayap ini akan berada di belakang pertahanan tepi ini dan membantunya. Pemain pertahanan tengah jarang membantu wingback dan kelihatan takut untuk meninggalkan kawasan jagaannya. Ini yang menyebabkan pemain lawan selalu dapat meloloskan diri. Jika diserang dari tengah pula, pemain pertahanan tengah selalu terkeliru antara sama lain.

Kedah boleh bermain dengan formasi 5-3-2 ini, tapi perlukan penguasaan kawasan tengah yang solid. Banyak serangan perlu dilakukan oleh pemain tengah dengan melorongkan bola terus kepada penyerang. Tak perlu kerap melorongkan bola ke tepi dengan mengharapkan overlaping daripada wingback atau pergerakan penyerang ke tepi. Serangan yang biasa dilakukan oleh Kedah ketika ini kurang mendatangkan hasil yang memberangsangkan dan kerap kali mengecewakan.

Oleh itu, Kedah perlu kembali menggunakan formasi 4-4-2 seperti zaman kegemilangannya kerana ini lebih sesuai dengan corak permainan Kedah. Pasukan Kedah perlu menghidupkan kembali peranan pemain sayap. Ramai yang berkeyakinan Kedah boleh kembali mencapai kegemilangan seperti sebelum ini.

Jurulatih Kedah perlu berani pelbagaikan taktik ketika sesuatu perlawanan. Kelihatan sewaktu perlawanan, jurulatih kurang menukarkan taktik perlawanan walaupun taktik asal tak menjadi. Ini perlu diberi perhatian yang serius.

Andaikata, prestasi pasukan Kedah masih tak berubah setelah pelbagai usaha dilakukan. Satu-satunya langkah yang berjaya mengubah pasukan Kedah sebelum ini, iaitu bubarkan pasukan dan bentuk pasukan baru yang dianggotai pemain muda dan pemain yang bersemangat untuk bermain dengan Kedah. Biarkan pemain-pemain yang berlagak 'star' yang tidak bermain secara berpasukan untuk beraksi dengan pasukan lain. Mungkin kehadiran mereka tak serasi dengan pasukan Kedah. Jika penyokong sanggup tunggu 4 tahun tanpa apa-apa piala dengan pemain-pemain ini, tak ada masalah jika kita penyokong boleh bagi tempoh tiga tahun untuk pemain-pemain muda meraih kejayaan seperti sebelum ini. Melihat kepada aksi skuad Piala Presiden, skuad belia bawah 19 tahun dan skuad Sekolah Tunku Anum, Kedah sebenarnya mempunyai ramai pemain muda yang berbakat dan mampu membawa kejayaan kepada pasukan.

Rabu, 25 April 2012

Perihal Demam

Alhamdulillah, semakin sembuh dari demam. Tapi demam kali ini, fasa teruk tu sekejap saja. Tanda-tanda awal demam dua hari lepas, mula-mula rasa kering dan sakit tekak. Kelmarin, masih lagi sakit tekak ditambah dengan selsema. Pada masa ini dah mula makan panadol. Pagi tadi masih ok lagi. Selepas pukul 10.00 pagi baru masuk fasa teruk. Bila dah masuk fasa ini, satu saja cara aku, makan panadol dan selepas itu tidur sampai sembuh. Kalau tak buat macam ni, selalunya demam aku akan makin teruk. Inilah cara yang aku guna dari kecik lg untuk sembuh dari demam. Emak dan kakak aku cukup faham dengan cara aku ini. Kalau aku tidur tak bangun-bangun tu tandanya aku demam la. Bila orang lain tengok aku keadaan camtu, mereka akan sangkakan aku demam teruk. Padahal ini cara untuk aku sembuh dan kembalikan tenaga dalam badan.

Dan apa yang penting, moga-moga demam atau sakit yang aku hadapi ini dapat menghapuskan dosa-dosa yang banyak aku lakukan setiap hari, Insyaallah. Dan juga dapat memantapkan diri aku dengan sifat sabar dan tenang.

Selasa, 24 April 2012

Ambang PRU 13: Panorama 1

Bendera-bendera parti-parti politik yang akan bertanding dalam PRU-13, telah banyak dinaikkan di kiri dan kanan jalan.

 Bila telah berlaku keadaan seperti ini menandakan PRU-13 sudah semakin hampir.

 Penyokong-penyokong dan rakyat telah bersedia, cuma menantikan pengumuman tarikh PRU-13 sahaja.

 Banyak pihak beranggapan tarikh PRU-13 yang sesuai adalah sebelum tibanya bulan Ramadhan iaitu sebaik-baiknya sebelum bulan Julai. Atau pun selepas Tahun Baru Cina iaitu selepas bulan Januari.

Bila pun tarikh PRU-13 yang diumumkan, rakyat telah bersedia untuk memilih yang terbaik yang dapat menjamin kehidupan untuk fasa 5 tahun selepas itu.

Ahad, 22 April 2012

Piala FA: Kelantan vs Kedah

Semalam telah berlangsungnya perlawanan separuh akhir pertama Piala FA yang menyaksikan Kelantan dan Kedah seri 1-1. Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang menunjukkan aksi yang menarik terutama jentera serangan pasukan Kelantan dan barisan pertahanan pasukan Kedah. Tetapi yang paling diingati ialah gol 'on the run' pemain import Kedah, Vedran Gerc.

Walaubagaimanapun Kedah perlu meningkatkan prestasi semaksima mungkin untuk perlawanan kedua nanti di Stadium Darul Aman. Nampak ketara beberapa orang pemain Kedah beraksi di bawah prestasi sebenar. Mungkin dengan kehadiran semula pemain import, Safi al-Fatah, Kedah mampu mengawal semula kawasan tengah dan sekaligus dapat mengawal perlawanan nanti.

Jaringan semalam meyakinkan penyokong Kedah yang Vedran Gerc boleh menghasilkan jaringan dalam pelbagai keadaan jika hantaran-hantaran menarik dapat dihantar kepada beliau. Oleh sebab itulah penyokong Kedah mengharapkan kehadiran semula Safi al-Fatah mampu menjana kekuatan di bahagian tengah untuk melancarkan serangan. Jika penguasaan tengah milik Kedah, peratus untuk menang adalah tinggi.

Pada perlawanan semalam, keadaan kelam kabut sering berlaku di barisan pertahanan. Ini mungkin disebabkan pertindihan kawasan penguasaan dan tanggungjawab. Barisan kejurulatihan perlu mempaiki keadaan ini dan memperkukuhkan bahagian ini untuk memastikan Kedah boleh melangkah ke perlawanan akhir.

Selasa, 17 April 2012

PRU 13: Perang Sudah Bermula

 PAS - PAKATAN RAKYAT

BARISAN NASIONAL

Gendang menandakan bermulanya perang Pilihanraya ke-13 telah dipalu oleh penyokong kedua-dua paksi politik iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Selamat berjuang!



Kedah Kembali Menang

Kedah kembali menang menewaskan Sarawak 2-0, hasil jaringan pemain import baru vedran gerc.
Sebelum ini Kedah tewas dua kali berturut-turut kepada Felda United dan Sarawak.

Tahniah, dan teruskan rentak kemenangan. Penyokong mahukan kejayaan seperti tahun 2007 dan 2008.

Isnin, 9 April 2012

Ujian dan Pengalaman

Baru-baru ini, entah macam mana aku boleh terpijak paku. Kaki aku berdarah. Rakan-rakan sekerja yang melihat terus menolong bagi rawatan awal. Pada masa tu, aku dah berserah. Aku terus redha. Aku hanya fikir 'nak buat macam mana, dah terkena, berserah saja la, ujian untuk aku'. Aku dah terbayang mesti aku kena cucuk kali ini. Aku memang dah lama mengelak dari kena cucuk ni, sejak dari sekolah lagi. Aku memang seriau kena cucuk ni. Sebab tu, aku mesti mengelak punya kalau ada program derma darah kat universiti dulu. Tapi kali aku tak boleh mengelak dah.

Sebelum dibawa ke hospital, aku berulang-ulang kali tanya kepada rakan-rakan yang lain 'kalau tak cucuk boleh tak?' Mereka jawab nanti ia akan bengkak lagi teruk. Aku lagi takut kalau bengkak dan bernanah. Akhirnya aku pergi jugak ke hospital dan menyerah diri untuk dicucuk. Sebelum dicucuk tu aku mempositifkan diri dan bersedia dengan apa yang aku akan aku hadapi. Kaedah ini berjaya mententeramkan diri aku untuk menghadapi situasi macam ini. Rupa-rupanya macam ini cara untuk kita menghadapi keadaan yang kita tak suka tapi perlu menghadapinya jugak. Yang pertama, kena redha dengan apa yang akan berlaku. Yang kedua, kena yakin bahawa kita mampu menghadapinya. Yang ketiga, tenteramkan diri, jangan masukkan perasaan takut dalam diri.

Setelah dimasukkan ke dalam bilik untuk dicucuk, aku macam orang yang memang pasrah, ikut saja apa yang orang suruh buat nak buat. Mula mereka cuci luka. Kemudian mereka cucuk dibahu. Aku ingat satu tempat saja kena cucuk. Rupa-rupanya kena cucuk satu tempat lagi ditempat luka tadi. Cucuk yang pertama memang aku bersedia, tapi cucuk yang kedua ni aku tak jangka langsung, jadi terasa la sakit tu.

Semasa ambik ubat tu, aku dimaklumkan bahawa doktor ada bagi ubat gastrik kat aku. Terkejut aku, bila masa yang aku terkena gastrik. Tak tahu la, mungkin ubat diberi disebabkan ada kaitan dengan luka aku. Aku pun tak tahu, dah aku pun terlupa nak tanya. Tak apalah, makan sajalah.

Balik saja ke office, aku tanya rakan-rakan lain yang pernah terkena paku ni. Bagaimana pengalaman mereka mengahadapinya. Aku tanya sebenarnya untuk jangkakan berapa hari aku boleh sembuh dah kembali seperti sebelum ini.

Allah S.W.T. uji aku dan memberi pengalaman seperti ini kepada aku. Moga-moga ada kafarah dosa dengan sebab ini.

Tak Faham

Tak faham aku, mengapalah tak faham-faham lagi. Tolong la jangan bebankan aku dengan kerja orang lain. Kerja aku pun dah berlambak. Salah orang lain pun aku nak kena tanggung. Memang la jawatan aku lebih tinggi daripada mereka, tapi aku bukan ketua mereka. Aku ada tugas aku, mereka ada tugas mereka. Nama jawatan tu pun sudah jelas peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kalau aku perlu jawab tugas orang lain, mati la. Mana aku nak tau mereka nak buat apa. Tak kan la aku nak atur kerja mereka. Nama jawatan tu dah bagi tahu tugas yang perlu di buat. Bila mereka jawab tak tahu, cari aku. Mana boleh camtu, aku mana tau kerja apa mereka buat. Aku pun tak pernah pegang jawatan mereka. Jadi aku tak tahu.

Isnin, 2 April 2012

Menunggu Tawaran-tawaran PRU 13

Pada PRU yang sebelum ini, kebanyakkan rakyat kurang melihat tawaran pilihanraya atau manifesto daripada parti-parti politik yang bertanding. Di situ kita boleh simpulkan bahawa wujud keyakinan dan harapan yang tinggi kepada sesebuah parti yang memerintah. Dan juga, wujud anggapan bahawa berjayanya kawalan psikologi yang digerakan oleh media arus perdana yang dikuasai oleh parti yang memerintah.

Namun begitu, berlaku juga siri-siri kejutan dalam beberapa pilihanraya yang lepas. Ia berlaku bukanlah disebabkan oleh 'tawaran pilihanraya' tetapi disebabkan oleh beberapa isu yang berlaku dengan tiba-tiba. Termasuklah juga pengaruh tokoh-tokoh politik yang dulunya daripada parti pemerintah yang berani menentang arus, contohnya Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bermula pada PRU 12, rakyat sudah semakin bijak menilai 'tawaran pilihanraya', walaupun ketika itu masih wujud pengaruh yang kuat oleh karisma dan dinamika Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pada masa itu terdapat tawaran pilihanraya yang utama untuk menurunkan harga minyak yang kita tak pernah dengar tawaran sebegitu sepanjang PRU yang sebelum ini yang cukup menarik perhatian rakyat. Pada masa itu rakyat mula memikirkan tawaran-tawaran pilihanraya yang ditawarkan walaupun masih dipengaruhi oleh harapan yang tinggi kepada parti pemerintah untuk menjamin masa depan kehidupan mereka. Kebanyakan rakyat juga masih menunggu tawaran balas daripada parti pemerintah berkaitan tawaran tersebut. Tetapi apa yang ditawarkan adalah rakyat ditakutkan dengan fakta-fakta yang diada-adakan dan dipaksakan kepada rakyat untuk menerimanya. Rakyat mula berfikir, satu tawaran memberi jalan dan satu tawaran memberi alasan. Pepatah melayu amat berbekas disini, 'dimana ada kemahuan, disitu ada jalan'. Pepatah ini menjadi inspirasi kepada rakyat menyanggah fakta-fakta parti pemerintah. Akhirnya sebahagian rakyat secara senyap memilih untuk menerima tawaran tersebut.

Pada PRU 13 yang akan datang, 'tawaran pilihanraya' dijangka akan menjadi pertimbangan utama rakyat untuk membuat keputusan parti mana yang akan diangkat menjadi pemerintah. Semakin ramai rakyat sudah mula mempertimbangkan secara serius tawaran-tawaran pilihanraya daripada parti pemerintah dan parti pembangkang.

Baru-baru ini, pimpinan parti pembangkang telah membuat pelbagai tawaran-tawaran utama kepada rakyat, dan tawaran-tawaran yang menarik perhatian ramai ialah memansuhkan PTPTN dan sekaligus merintis kepada tawaran pendidikan percuma kepada rakyat. Satu lagi tawaran yang penting ialah mengulangi sekali lagi tawaran PRU 12 iaitu menurunkan harga minyak. Tawaran-tawaran ini akan menjadi indeks yang tinggi kepada parti pembangkang.

Pada masa ini juga, rakyat masih menanti tawaran balas daripada parti pemerintah. Jika terdapat tawaran balas yang baik dan menarik, ia akan menjadi persaingan yang sengit kepada kedua-dua pihak. Rakyat akan menilai tawaran-tawaran pilihanraya tersebut, dan rakyat akan memilih yang terbaik.

Sabtu, 31 Mac 2012

55 Days - The Fall of Saigon

Minggu lepas aku ada tengok sebuah dokumentari sejarah yang berjudul '55 Days - The Fall of Saigon'. Dokumentari ini menceritakan saat-saat akhir kejatuhan Saigon ke tangan tentera Vietnam Utara.

Ketika babak-babak akhir penguasaan Amerika ke atas Vietnam itu, pihak Amerika dan sekutunya kerajaan Vietnam Selatan mengatur pelbagai strategi untuk menyekat kemaraan tentera Vietnam Utara. Semasa penguasaan Amerika, rakyat Vietnam Selatan dipengaruhi secara psikologi bahawa Amerika tidak akan kalah di Vietnam, dan Amerika akan mempertahankan rakyat Vietnam Selatan. Jika Vietnam Utara berkuasa, mereka akan menyeksa rakyat Vietnam Selatan yang bekerja dengan Amerika. Psikologi seperti ini telah menyebabkan rakyat Vietnam Selatan takut kehilangan Amerika. Mereka menganggap Amerika adalah sahabat mereka. Amerika terus memberi kepercayaan bahawa mereka akan melindungi rakyat Vietnam Selatan.

Tetapi akhirnya, setelah Amerika menjangkakan bahawa mereka tidak mampu menyekat kemaraan Vietnam Utara, mereka mula lari meninggalkan rakyat Vietnam Selatan yang sebelum ini mereka berjanji untuk melindunginya. Ketika Amerika bergegas lari dari Vietnam Selatan ini, ramai rakyat Vietnam Selatan masih berharap Amerika akan melindungi mereka serta membawa mereka ke Amerika juga. Sehinggalah akhirnya kesemua rakyat Amerika lari, barulah mereka sedar bahawa mereka tidak boleh berharap lagi kepada Amerika. Dari situ mula timbul perasaan kecewa dan marah kepada Amerika.

Selepas itu, ketibaan tentera Vietnam Utara berlaku dengan aman. Tiada penyeksaan kepada rakyat Vietnam Selatan yang bekerja dengan Amerika. Yang berlaku, mereka yang berkenaan dihantar ke sekolah pemulihan. Segala dakwaan Amerika berkaitan kekejaman tentera Vietnam Utara ternyata meleset dan palsu semata-mata.

Apa yang penting disini, ialah bagaimana psikologi dimainkan untuk mempengaruhi rakyat sehingga rakyat tidak dibenarkan berfikir untuk menentukan pilihan mereka. Begitulah juga apa yang berlaku di Malaysia. Jika kita amati dan teliti betul-betul, kita akan jelas perkara ini berlaku bertahun-tahun lamanya.

*Ulasan ini bukan bermakna saya menyokong ideologi komunis, kerana tentera Vietnam Utara berideologi komunis. Tetapi apa yang hendak saya jelaskan ialah bagaimana permainan psikologi pihak berkuasa iaitu Amerika begitu mempengaruhi rakyat sehingga rakyat tidak mampu menilai kebaikan dan kekurangan pihak kerajaan dan pihak lawan.

Kedah vs Perak

Perlawanan Liga Super 2012:

Kedah (3) vs Perak (0)

Banyak yang perlu diperbaiki oleh barisan Kedah. Selalu saja bocor di kiri dan kanan bila diserang. Kedah perlu letakkan semula RB dan LB. Dan dalam masa yang sama letakkan 2 CD sahaja, kerana bila ada 3 CD keadaan di tengah pertahanan menjadi serabut dan mengelirukan barisan pertahanan itu sendiri. Cukup dengan meletakkan 4 pertahanan sahaja, dan jika keadaan memerlukan letak seorang DM untuk menyekat kemaraan serangan lawan.

Gol ketiga pasukan yang dijaringkan pemain import, Mohamed Hamidan adalah yang terbaik.

Tahniah atas kemenangan yang bermakna.

Rabu, 28 Mac 2012

Aku Sedang Diuji

Keadaan dah semakin tegang dan akan semakin tegang. Sampai bila aku akan dapat bertahan. Hanya 'sabar' yang menjadi penguat diri. Dengan 'sabar' juga aku masih di sini. Adakah 'sabar' mampu dipertahankan. Andainya suatu ketika 'sabar' sudah tidak mampu bertahan lagi, maka aku perlu 'redha' dengan apa yang akan terjadi. Inilah rutin kehidupan, ujian sentiasa mendatang untuk membawa kita kembali kepada tuhan.

Kadang-kadang aku selalu salahkan ujian, padahal itu petanda aku gagal melepasi ujian. Ujian akan terus datang menguji, sehingga aku sedar untuk membentuk peribadi.

Kadang-kadang ujian datang tanpa disedari, sedang hati bersorak gembira, tiba-tiba keputusan datang membawa gelisah.

Layakkah aku diuji, semakin diuji, semakin kerdil rasa diri, semakin tak mampu bertahan lagi.

Ya Allah, berikanlah sesuatu yang meneguhkan hati, menguatkan diri, supaya ia terasa rahmat dari Mu.

T-team vs Kedah

Piala FA: T-team (1) vs Kedah (2)

Isnin, 26 Mac 2012

Salah

Kenapa la akhir-akhir ini aku kerap buat salah. Aku tak sedar langsung, aku yakin betul tapi sebenarnya salah. Apa aku nak buat ni... Tekanan aku nak fikir bagaimana nak perbetulkan kesalahan ini. Aku sudah tak ada pilihan lain dah, memang betul salah.

Ya Allah tunjukkanlah aku jalan keluar dari masalah ini, berikanlah aku kekuatan dan semangat untuk menghadapi ujian serta dugaan Mu ini. Jika ujian ini ialah untuk menambahkan ilmu dan pengalamanku, Kau berikanlah aku jalan penyelesaiannya. Jika ujian ini adalah kafarah dosaku, Kau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapinya.

Disaat macam inilah aku terasa memerlukan seseorang untuk berkongsi perasaan, supaya boleh meredakan apa yang terpendam, mengubat keresahan. Ya Allah, Kau kurniakanlah aku isteri sebagai penyejuk di mata, penawar di hati.

Ahad, 25 Mac 2012

Khamis, 22 Mac 2012

Kesalahan Dan Ujian

Ada ketikanya kita memang tak boleh nak elak daripada melakukan kesalahan. Langkah yang kita ambil sebelum ini, yang mana langkah itu yang difikirkan betul sebelum ini, membawa kita kepada kesalahan. Akhirnya kesalahan itu menjelma dihadapan diri. Jadi kita memang tak mempunyai pilihan selain terpaksa menghadapi kesalahan tersebut. Dan kita perlu persiapkan diri menghadapi semuanya. Segala risiko kita perlu bersedia menanggungnya.

Daripada sini kita perlu mengerti bahawa walaupun langkah yang kita ambil yang kita fikirkan baik bagi kita, belum pasti hasilnya juga baik untuk kita. Jadi kita perlu bersedia dengan kedua-dua kemungkinan. Ini yang kita selalu terlepas pandang, kita menganggap bahawa setiap langkah yang betul, hasilnya selalu betul. Tetapi yang sebenarnya belum tentu lagi. Jadi bila berlaku sebaliknya seperti ini, maka kita perlu faham bahawa inilah yang dikatakan ujian. Dan ketika itu kita sedang diuji sebanarnya. Mungkin ini adalah jawapan kepada kesombongan dan keangkuhan kita, samada kita sedar atau tidak tentang kepintaran yang dibanggakan.

Isnin, 19 Mac 2012

Mengapa Aku Suka Balik Kampung?

Kawan-kawan selalu bertanya 'mengapa aku suka balik kampung?'. Tiba cuti saja, aku akan balik kampung. Memang susah nak lihat aku pergi ke tempat lain masa cuti melainkan aku akan balik kampung dahulu. Kadang-kadang tak cuti pun aku akan balik kampung. Kampung aku bukan jauh mana pun 2 jam saja dari tempat kerja. Tapi itu jawapan yang sebenar. Jawapan yang sebenarnya ialah aku tak mahu ibu & ayah aku merindui aku walaupun seketika. Kerana rindu memang menyeksakan. Aku tak mahu membebankan ibu & ayah aku dengan rindu. Biar mereka rindu akan saudara-saudara aku yang lain, yang terpaksa berjauhan dengan mereka. Biar mereka jemu melihat aku asalkan mereka tak rindu kepada aku. Aku akan rasa bersalah jika mereka rindukan aku. Inilah sikap pelik aku yang orang lain sukar mengerti.

Ahad, 18 Mac 2012

Negeri Sembilan vs Kedah

Kedah tewas 2-1 kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan Liga Super 2012.

Bila Cuti Diganggu

Apa perasaan anda apabila cuti anda diganggu. Mesti kita akan rasa terganggu dan tidak tenteram. Bila kita cuti, kita nak kosongkan pemikiran kita daripada hal-hal kerja. Kerana masa cuti kita fikirkan tentang kehidupan kita, tentang keluarga, tentang ibu bapa. Kita juga nak rehat masa cuti, nak lakukan aktiviti sekitar rumah, aktiviti masyarakat, nak tolong ibu bapa, nak bawa ibu bapa atau keluarga bersiar-siar, aktiviti dengan kawan-kawan, dan ada juga yang nak menambahkan ilmu agama dan akademik.

Cuba bayangkan masa cuti kita diganggu dengan hal-hal kerja. Semasa tengah melakukan aktiviti, tiba-tiba orang suruh fikirkan tentang kerja atau suruh buat sesuatu kerja. Mesti kita akan berasa marah. Kadang-kadang kita lebih suka matikan telefon supaya tidak diganggu.

Kepada yang suka menggangu cuti orang lain, fikir-fikirkanlah. Kita hidup ini bukan semata-mata kerja, kita ada keluarga yang perlu diberi tumpuan, ada ibu bapa yang perlukan perhatian, ada masyarakat, ada kawan-kawan. Tak kan nak hidup dengan kerja sahaja hingga abaikan semua itu. Dah tiadakah hari esok untuk kerja.

Bila kita tak boleh nak buat kerja yang diberikan masa cuti tersebut, mula nak marah dan cari pelbagai kesalahan. Adakah prestasi kerja dinilai semata-mata pada hari cuti.

Rabu, 14 Mac 2012

Masalah dan Masa

Betulkah ada sesetengah orang kata, masa akan menyelesaikah masalah. Maksudnya bila kita menghadapi sesuatu masalah, kita boleh biarkan saja ia berlalu dengan masa tanpa kita menyelesaikan. Bila sampai masanya masalah akan selesai dengan berlalunya masa masalah tersebut.

Memang betul sesuatu masalah ada tempoh masanya yang tertentu. Bila sampai tempohnya masalah tersebut akan berlalu. Tapi adakah masalah tersebut diselesaikan. Daripada pengalaman aku, yang aku cuba lakukan sebelum ini, aku telah biarkan beberapa masalah berlalu macam tu saja. Dan apa yang aku lalui, masalah tak selesai sebenarnya. Memang kita tak mengalami masalah yang asal lagi, tapi kita akan mengalami masalah lain yang berpunca daripada tindakan kita tak menyelesaikan masalah yang sebelum ini. Ia berangkai-rangkai timbul sehingga kita perlu berani untuk hadapi masalah tersebut dan selesaikan juga. Oleh itu selesaikanlah masalah yang kita hadapi dengan baik kerana masalah itu pengalaman kehidupan. Jangan lari dari masalah kerana kita tak dapat lari.

Uroll Bond


Isnin, 12 Mac 2012

Kahwin?

Aku hanya mampu tersenyum bila ada yang bertanyakan aku soal kahwin. "Bila nak kahwin?, dah ada calon ka?, nak kenal dengan seseorang tak?". Dan banyak lagi soalan. Jawapan aku hanya 'senyum'. Aku memang tak mampu nak jawab dan aku tak tahu nak jawab apa. Disebalik senyuman itu, bermacam-macam perkara yang bermain difikiran. Dan aku tak tahu nak cerita dan nak kongsi dengan orang lain apa yang ada difikiran. Aku belum jumpa ayat pertama yang membolehkan aku kongsikan apa yang aku fikirkan dengan orang lain.

Sebelum ini, kawan-kawan sekerja selalu bertanya tentang hal ini. Macam tu jugak kawan-kawan study dulu bila jumpa. Mereka pun dah berkahwin dan dah ada anak pun. Kebanyakan aku hadir kenduri mereka. Biasanya aku jawab 'belum jumpa lagi', 'belum sampai jodoh lagi'. kadang-kadang aku ubah topik terus. Rasa malas nak layan soalan macam tu. Dan rasa malam nak fikir juga. Bila dilayan lagi banyak soalan yang timbul. Sebab tu aku selalu ubah topik. Tentang kawan-kawan study ini, aku dah banyak lost contact dengan mereka. Kadang-kadang terjumpa, mereka telefon aku bila teringat, chat dalam fb & ym bila online. Macam tu la kawan-kawan study. Masing-masing dah ada kerjaya sendiri, dah ada keluarga. Jadi tentu sibuk menguruskan hal masing-masing. Dan aku selalu rasa macam rendah diri bila bertemu atau berhubung dengan mereka semua ini. Aku macam tak tahu nak sembang pasal apa. Selalunya aku buka topik bola la, senang cerita. Aku malas nak cakap pasal benda lain. Pasal kerjaya lagi la aku malas sembang. Lagi-lagi time serabut sekarang ini.

Hujung minggu lepas aku balik kampung, rumah ibu dan ayah. Aku memang selalu balik kampung, tiap-tiap minggu aku balik. Bukan jauh mana pun, 1 jam 45 minit saja. Tapi kali ni lain sikit. Sebab adik beradik aku yang lain pun balik, cuti sekolah. Jadi terbuka la topik ini. Aku dah rasa macam didesak dah. Mak & ayah tanya, kakak dan adik-adik pun tanya. Aku memang tak ada jawapan la. Aku senyum la memanjang sebab aku tak tahu nak jawab apa. Tapi bila jadi macam ni yang aku jadi tak sedap hati ni. Umur aku dah dihujung 20-an, bila keluarga pun macam dah mendesak, aku memang kena fikir panjang dan ambil serius. Aku bukan tak mahu kahwin, aku nak kahwin. Tapi masalahnya aku macam tak pandai nak nak cari, dan aku rasa macam susah nak berkenan kat orang. Kadang-kadang aku rasa macam ada halangan, aku tak nampak. Aku tak tahu tahu la apa masalahnya.

Dulu aku pernah berkawan dengan seseorang, tapi terputus dengan kehadiran orang ketiga, walaupun aku cuba dengan sedaya upaya untuk mempertahankannya, aku berdoa minta aku ada jodoh dengan dia. Sehingga aku tak berdaya dan akhirnya aku putus asa, dan aku biarkan semuanya berlalu dengan rasa pedih. Dan aku pun tak mengharap apa lagi daripada dia. Lama aku ambil masa untuk clear semua ini, 4 tahun. Dalam masa itu dan selepas dari itu, aku cuba jugak untuk berkawan dengan orang lain, tapi semuanya belum berjaya. Ada yang aku tolak mereka, dan ada juga mereka tolak aku.

Aku pun tak tahu mengapa semuanya terjadi ke atas aku dan mereka yang terlibat, tapi pasti tersembunyi hikmah dari NYA. Semoga Allah mengampuni kita semua, dan semoga DIA menemukan apa yang kita cari dan mengurniakan kebahagian sebenar.

Ahad, 11 Mac 2012

Kedah vs Perlis

Kedah berjaya mengalahkan Perlis, 3-2, dalam perlawananan bola sepak Piala FA Malaysia 2012. Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Kyril Muhaimeen (2 gol) dan Amar Rohidan (1 gol). Kemenangan ini melayakkan Kedah melangkah ke peringkat suku akhir bertemu T-Team.

Kehadiran penyokong pada kali amat memberangsangkan. Lebih 90% tempat duduk dipenuhi dengan kehadiran penyokong yang ramai.

Selasa, 6 Mac 2012

Kerja-kerja Bumbung Metal Deck

Apa yang perlu difikirkan bila nak mulakan kerja-kerja bumbung:

1. Kekuda bumbung- jenis material&company, design&calculation
2. Penutup bumbung- jenis bumbung, patern bumbung, company, warna

Kekuda bumbung;
Ada dua komponen utama iaitu; trusses dan battern. Material lain yang perlu ada iaitu; L angle bracket, wall bolts (size 10), hex head self drilling screw (MS), flat head self drilling screw.

Facial board;
Material seperti timber, metal atau asbestos. Menggunakan flat head self drilling screw.

Penutup bumbung;
Komponen utamanya ialah roof covering, vallet tray, ridge&hip capping, flashing. Material lain ialah chicken netting, aluminium foil (single side or double side), fibreglass insulation, roofing screw, sealant.

Nak Beli Kamera

Aku dok ingat dalam minggu ni aku nak beli kamera. Saja-saja beli untuk kegunaan sendiri. Lagipun aku tak pernah ada kamera sendiri, duk pakai yang company punya ja. Nak beli hp yg canggih sikit, tau la jenis aku lasak sikit. Tak lama hp tu nanti. Sekarang ni beli kamera, guna bila rasa nak guna ja.

Ahad, 4 Mac 2012

SDA Kembali Berombak

Setelah sekian lama SDA sunyi daripada 'ombak semangat' penyokong, hari ini SDA kembali berombak seperti zaman kegemilangan sebelum ini. Penyokong Hijau Kuning begitu gembira dengan kemenangan ke atas Selangor malam ini. Begitu juga reaksi kegembiraan yang ditunjukkan oleh pemain setelah tamat perlawanan. Kedah menewaskan Selangor 1-0, hasil jaringan penalti pemain import, Safi setelah Kyrill Muhymeen dijatuhkan di dalam kotak penalti ketika Kedah nelancarkan serangan ke pintu gol Selangor. Sebelum itu, Kedah telah pun mendapatkan sepakan penalti apabila pemain import pertahanan Selangor menampan bola dengan tangan di depan pintu gol Selangor hasil tandukan pemain import Kedah, Hamidan. Namun sepakan penalti yang diambil oleh Badrul tersebut terkena tiang gol.

Kedah pada malam ini bermain dengan pelbagai formasi, mula-mula kelihatan seperti bermain dengan formasi 4-1-3-2, kadang-kadang seperti 5-3-2, seperti juga 3-5-2. Strategi ini ternyata mengelirukan lawan.

Dari segi persembahan individu, Thiru rasa perlu terus digilap sebagai pemain pertahanan tengah kerana beliau ada kelebihan dari segi kelajuan yang jarang-jarang ada pada pemain pertahanan tengah. Kyrill perlu bermain dengan lebih baik lagi, kerana nampak agak malas merampas dan mencabar bola daripada pemain lawan. Badrul bermain terlalu bersahaja, boleh merugikan pasukan kerana nampak macam tak ada kesungguhan. Sabree Abu perlu mencari posisi lain yang lebih sesuai. Amar pada malam ini agak baik jugak, kerap memotong bola pemain lawan. Hamidan paling teruk, peluang-peluang gol terbaik dipersiakan begitu sahaja.

Apa-apa pun tahniah kepada semua kerana kemenangan pertama Liga Super di Stadium Darulaman. Kedah-1 Selangor-0.

Selasa, 28 Februari 2012

Kursus Air-cond

Hari Khamis lepas sertai kursus tentang air-cond. Boleh la tau sikit-sikit tentang air-cond, tapi secara teori saja la. Secara praktikal tak tau jugak. Tapi ok la setakat untuk pantau kerja yang dibuat. Insyaallah kalau ada peluang yang lain mungkin boleh belajar secara praktikal pulak.

Isnin, 27 Februari 2012

Kerja & Rakan Sekerja

Kerja yang aku hadapi terbahagi kepada dua, yang pertama kerja rutin dan yang kedua kerja on the spot. Setiap hari aku akan menghadapi kedua-dua kerja ini. Bila banyak kerja on the spot yang aku kena selesaikan, secara linearnya aku tak dapat nak menyiapkan kerja rutin. Kerja rutin memang tak bertambah, ia banyak itu sahaja dari mula sampai habis. Tapi kena selesaikan peringkat demi peringkat.

Dalam kerja, kalau kita menghadapi keadaan tumpang-menumpang memang seronok. Sebab kita boleh tumpang rakan sekerja kita, dan rakan sekerja juga boleh menumpang kita. Tapi bila tak wujud situasi macam ini, dan kita sahaja yang jadi tempat menumpang dan kita tak boleh tumpang orang, memang perit juga bekerja.

Bila kita bekerja, kita ada jawatan masing-masing. Daripada nama jawatan itu dah jelas tugas-tugas yang kita perlu lakukan. Tapi bayangkan apabila kita tak memahami dan tak berusaha memahami tugas-tugas tersebut dan mengharapkan rakan sekerja kita memberitahu tugas-tugas kita. Padahal rakan sekerja kita tak pernah pun pegang jawatan yang kita pegang. Bayangkan penatnya dia fikir perkara-perkara yang dia tak pernah buat. Dia bukan dapat apa pun. Jadi tolong-tolong la bertanggungjawab dengan kerja sendiri.

Malas Meeting

Sekarang ni aku jadi malas nak meeting. Aku dah tak suka meeting. Walaupun dalam meeting tu aku belasah orang atau orang belasah aku, aku dah jadi tak suka dengan semua tu. Memang la meeting tu penting, tapi aku tak boleh nak letak diri aku dalam meeting. Yang paling aku tak suka bila meeting mengejut. Bila meeting, aku duk fikir bila nak habis meeting saja. Apa nak jadi la dengan aku ni. Nak kerja pun tak semangat. Tengok la bila habis projek ni, aku nak cuti sebulan...

Isnin, 20 Februari 2012

Budaya Kerja

Baru aku sedar kenapa bekas bos aku dulu suruh aku fikir dan perah otak sedalam-dalamnya sebelum memulakan sesuatu kerja. Hari ini baru aku rasa kesan yang akan terjadi akibat daripada budaya kerja aku yang aku yakini sebelum ini. Masa belajar memang ada 'try and error', tapi bila kerja dah tak dak benda tu, yang ada 'must right'.

Style aku, fikir macam mana nak mula, pastu terus mula sambil-sambil fikir apa langkah seterusnya. Apa yang terjadi dengan style ini. Jika tak salah fikir; ok. Tapi bila tersalah fikir. Kita terpaksa berfikir lagi untuk nak membetulkan kesalahan tadi dan mencari jalan penyelesaian. Disini banyak masa yang kita telah rugi dan kita perlu memikirkan perkara yang sama berulang kali. Memang memenatkan.

Kalau style bekas bos aku. Dia akan fikir sedalam-dalamnya sebelum memulakan kerja. Lepas dia yakin dengan buah fikirannya, baru dia akan memulakan kerja. Bagi dia biar kita ambil masa yang lama untuk merancang, jangan kita terpaksa buat kerja berulang-ulang kali.

Aku kita ubah budaya kerja aku kepada yang lebih baik. Berfikir dan merancang dengan teliti sebelum memulakan kerja. Jangan fikir sikit lepas tu 'try and error'.

Dulu aku memang menentang pemikiran macam ini, sebab aku tak nampak. Dan aku fikir pemikiran macam ni melambatkan kerja aku, sebab aku tak boleh nak mula kerja selagi tak selesaikan perancangan. Tapi hakikatnya, merancang dahulu sebelum bertindak, jangan terburu-buru.

Ahad, 19 Februari 2012

Rancangan

Dalam usaha untuk lebih mendalami tentang Microsoft Project. Setakat ini aku hanya tahu asas sahaja, banyak yang perlu ditingkatkan.

Mahu belajar tentang bab elektrik. Teori ada sikit-sikit.

Mahu belajar tentang bab plumbing. Aku dah cuba buat sikit-sikit.

Mahu belajar tentang QS. Hanya kenal item sahaja.

Mahu belajar tentang air-cond. Tak tahu langsung.

Ini baru ilmu dunia, ilmu agama banyak lagi yang tak tahu. Semoga kecanggihan teknologi boleh banyak membantu.

Kedah vs PKNS

Akhirnya Stadium Darul Aman dapat menyaksikan kemenangan pertama pasukan Kedah. Walaupun hanya dengan sepakan penalti, namun semoga ia menjadi momentum awal untuk pasukan Kedah terus mencatatkan kemenangan demi kemenangan dan mengembalikan zaman double treble.

Semalam berkesempatan ke stadium tengok pasukan Kedah vs PKNS dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA. Alhamdulillah, menang walaupun penalti. Perlawanan agak terganggu sikit sebab hujan dan air bertakung.

Kedah bermain dengan formasi 3-5-2. Aku memang tak berapa setuju sikit dengan formasi ini, sebab ada banyak kelemahan ketika di serang. Sudah 3 perlawanan, keputusan kurang memberangsangkan dengan formasi ini. Harap coach dapat buat sesuatu.

*Kedah menang penalti 4-2 setelah terikat 1-1.

Khamis, 16 Februari 2012

Pokok, Bukit & Batu


Semangat Yang Hilang

Kenapa la aku tak ada semangat nak kerja hari ini. Kerja dah la makin banyak. Minggu depan dah la 2 meeting penting. Banyak yang nak kena prepare. Tapi aku tak ada semangat.

Aku tak ada semangat sebab banyak perancangan yang aku nak buat minggu ni tak menjadi. Ini yang membuatkan semangat aku luntur. Lagi satu kerjasama dari pihak yang sepatutnya tak dapat seperti yang dijangkakan. Aku nak move lagi kedepan, tapi bila tak ada yang support, maka aku perlu slow. Bila slow aku jadi tak ada semangat.

Rasa-rasanya hari ini, habiskan masa dengan check balik kerja lama-lama. Nak buat yang lain pun dah rasa lain. Kejap lagi balik kerja awal sikit. Rehat dan tenangkan diri di kampung. Minggu depan mula lain.

Selasa, 14 Februari 2012

Kedah vs Terengganu

Malam ni, Kedah dan Terengganu akan berentap untuk perlawanan ke-8 Liga Super Malaysia (MSL). Bagi penyokong pasukan Kedah macam aku ni, apa yang nak dilihat adalah line-up Kedah malam ni. Kalau formasi 3-5-2 macam lawan Sabah hari tu, aku tak berapa nak yakin boleh menang. Sebabnya ada ruang-ruang disebelah tepi yang membolehkan pasukan Terengganu menyelinap melakukan serangan. Terengganu ada Asshari dan Joseph Kalang, pemain sayap yang bagus dan berupaya melakukan serangan dari sudut tersebut. Dari perlawanan dengan sabah sebelum ini, aku tengok bila ada serangan dari sebelah tepi, memang nampak lompang, sebab hanya seorang hanya yang tutup kawasan ni, tu pun dah terlalu ke dalam. Backup pula tak ada. Memang mudah bolos.

Kalau main formasi 4-4-2, aku yakin boleh menang. Sebab ni formasi yang sesuai untuk menentang pasukan yang kuat macam terengganu ni. Lagi satu, letak Badrol main sayap, sebab posisi nampak tak bermaya akhir-akhir ni. Bagi Safi main AM sorang-sorang, sebab luas sikit peranan dan kawasan kawalan dia. Meen memang tempat dia sebagai striker la, dia memang tak sesuai dah main di bahagian sayap. Mungkin gandingan dia dengan hamidan, import baru boleh bagi keputusan yang luar biasa. Fikri ni aku tak tau la, kalau ada pemain yang lebih dari dia, lebih baik letak pemain lain. Fikri perlu tingkatkan lagi prestasi. Bahagian pertahanan ni harap coach boleh buat sesuatu, gandingan sekarang ni perlu ada perubahan.

Walaubagaimanapun harap Kedah boleh menang malam ni.

*Kedah seri 1-1.

Rabu, 8 Februari 2012

Tidur Di Hotel

Rancang tadi nak mai hantar kawanku saja, lepas tu terus balik. Oleh sebab dah lewat malam dan penat, aku tidur di hotel saja la. Lagipun sekali sekala ubah angin tidur tempat lain pulak. Tak ada apa nak cerita tentang hotel ni, melainkan buka tingkap dan lihat pemandangan di luarnya. Tengok bangunan, tengok jalan, tengok langit. Layan saja la, sambil menikmati tiupan angin. Esok pagi terus pergi kerja.

Esok malam Kedah lwn Kuala Lumpur, harap boleh catat kemenangan yang pertama. Banyak orang cakap pasal pasukan Kedah ni. Semoga ada perubahan dalam tindakan KFA.

*Kedah menang 1-0.

Selasa, 7 Februari 2012

Tak Tahu

Lebih senang aku jawab 'tak tahu' daripada aku bagi pendapat aku, sebab selalunya hangpa selalu akan gunakan pendapat aku sebagai sokongan kepada keputusan hangpa. Sepatutnya hangpa kena bertanggungjawab dengan keputusan hangpa, bukan kaitkan dengan aku, sebab aku hanya bagi pendapat secara umum dan aku tak tahu apa asas kepada masalah itu. Jangan ambil secara total, fikir dan sesuaikan dengan masalah tersebut dulu. Akibatnya aku yang kena bertanggungjawab, padahal yang ini kerja hangpa, bukan kerja aku. Sekarang ni aku nak jawab 'tak tahu' saja. Dah hangpa pandai nak lepas diri, kali ni aku pun nak lepas diri jugak. Pandai-pandai la hangpa. Aku nak buat kerja aku saja.

Isnin, 6 Februari 2012

Banyak Kerja

Kerja aku semakin banyak, makin hari makin bertimbun. Perlu ada perancangan untuk selesaikan semua ni. Tapi aku biasa la, perancangan aku boleh buat, bila nak laksanakan tu yang aku malas. Masa semangat pulun la, lepas tu bila dah tak semangat, apa pun tak boleh harap.

Bab kerja ni, aku tak tahu la macam mana nak handle kawan aku seorang ni. (Aku tulis ni pun hanya untuk lepas tekanan dalam diri saja). Aku pun bukan bagus sangat kerja. Tapi jangan sampai semua benda nak kena guide. Fikir dan bertindak la sama. Kita sama-sama kerja. Aku tak larat dah nak buat kerja-kerja orang ni. Malah kerja aku pulak yang dah makin bertimbun. Dan satu lagi aku dah tak larat nak jawab pasal kerja hang kat orang atas. Yang ni lagi satu, kerja orang lain tapi tanya orang lain. Aku letih... Hal-hal kerja pun dah masuk dalam mimpi aku. Aku tak larat fikir pasal kerja 24 jam. Aku nak fikir benda lain pulak. Pasal kahwin ka...

Aku macam kena sumpah bab kahwin ni. Rasa macam nak kahwin, tapi aku tak boleh nak serius dan bersungguh-sungguh. Usaha, boleh kata tiada la. Doa, time2 teringat saja la. Tapi bila ingat balik, kawan-kawanku ramai yang dah lepas, time aku bila la pulak. Takut nanti menyesal dikemudian hari.

Malam ni rancang nak study sikit untuk meeting hari khamis nanti. Tapi langsung tak ada mood, layan internet saja la. Baca apa-apa yang patut kat fb dan internet. Aku suka add orang yang suka post bahan-bahan nasihat/hikmah kat fb walaupun aku tak kenal pun. Sekurang-kurangnya boleh jadi pedoman hidup sebab aku bukan orang yang baik, yang selalu tersalah jalan dan tak reti-reti nak balik ke pangkal jalan. Berasa hati bila sebut salah jalan ni...

Khamis, 2 Februari 2012

Terkenang

Malam ini sebenarnya aku nak 'study' tentang microsoft project. Tapi entah macam mana aku terbaca tentang post yang lama-lama. Satu demi satu aku lihat balik. Terkenang aku di zaman universiti dahulu dan sekaligus teringat tentang sahabat-sahabat seperjuangan dahulu. Semakin jauh dan terlalu jauh aku dengan mereka.

Aku buka dan lihat blog sahabat-sahabat, walaupun mereka lama tak update. Teringat aku semasa dahulu. Tersentuh dan terasa di hati. Seorang demi seorang terbayang di fikiran. Aku memang terasa terlalu jauh dengan mereka. Walaupun ada yang dekat sahaja dengan aku, tapi aku terasa berat untuk menziarahi mereka. Kalau diikutkan keterbatasan waktu, memang masa aku agak terhad, tapi aku masih ada masa terluang kalau aku mahu menziarahi mereka. Aku jugak boleh menghubungi mereka jika aku mahu, bertanya khabar dan keadaan. Mereka juga selalu online dalam fb. Entah la, apa yang membuatkan aku berat dan menghalang aku untuk melakukan perkara yang baik ini. Mungkin juga kerana mereka telah berjaya dan berkeluarga, tetapi aku juga yang bergembira dengan dengan peningkatan hidup mereka dahulu. Mungkin aku terasa terlalu berbeza dengan mereka. Ya aku terasa berbeza dengan mereka, walaupun dahulu pernah bersama. Tetapi aku tetap ingat akan mereka dan detik-detik yang pernah dilalui. Aku tak lupa.

PERMADAH...
Penerokaan aku malam ni, terus membawa aku mengenangkan PERMADAH, sebuah persatuan mahasiswa yang aku pernah bermain di dalamnya. Banyak kenangan aku disini. Kenangan suka dan duka. Kenangan cabaran dan dugaan. Kenangan pengalaman dan kematangan. Persatuan yang mengajar aku tentang organisasi dan silaturahim.

Aku lihat blognya yang dah agak lama aku tak lihatnya. Nampak cantik dan kreatif. Walaupun blog ni dibangunkan oleh sesi selepas aku. Agak-agak aku orang yang berjasa besar membangunkan blog ini adalah saudara Hafizuddin (pak din), setiausaha ketika itu, antara sahabat rapat aku. Dia agak mendepani tentang IT ketika itu, mungkin jugak kerana dia mengambil jurusan IT. Baru berkahwin tahun lepas.

Terpandang aku tentang budaya PERMADAH di dalam blog itu. Ada lagi, fikir ku. Budaya PERMADAH ni kami konsepkan supaya ia menjadi halatuju yang jelas. Sebenarnya budaya ini dah diamalkan ketika itu, cuma ia diangkat menjadi konsep pada sesi itu. Satu lagi, ada beberapa budaya ini telah diubahsuai oleh sesi selepas kami, mungkin untuk disesuaikan dengan cabaran ketika sesi tersebut. Maksudnya budaya PERMADAH sekarang bukanlah versi yang pertama dahulu. Perubahan tu tak banyak sangat, hanya ada beberapa 'point' sahaja yang berubah. Yang lain adalah masih yang versi pertama. Tetapi budaya ini boleh diubah sebenarnya berdasarkan cabaran dan keadaan yang dihadapi oleh sesi masing-masing. Ia bukan lah statik.

Yang lain-lain, program yang diperkasakan dan diangkat ketika itu seperti Akademi Kepimpinan(AK), Dewan Induksi Kepimpinan(DIK), Diskusi Ilmiah(DI), aku pun tak tahu apa statusnya, masih wujud ataupun tidak. Terserahlah kepada kebijaksanaan kepimpinan sesi masing-masing.

Satu lagi, aku tak sempatkan nak habiskan perbincangan tentang 'melonjakkan PERMADAH sebagai sebuah gerakan perjuangan mahasiswa'. Kesal jugak la, usaha sekerat jalan, tak sempat habiskan kerana aku mula melalui fasa hidup yang lain. Tapi aku percaya kepimpinan PERMADAH selepas-selepas itu punyai idea yang hebat untuk membawa PERMADAH.

Dalam teringatkan PERMADAH ni, aku teringin jugak nak tahu apa perkembangan sebenar PERMADAH sekarang. Tapi apakan daya, aku dah semakin jauh dari semua itu.

Selasa, 31 Januari 2012

Hari Lahir

Alhamdulillah, usiaku dipanjangkan lagi. Walaupun aku pun tak pasti sebaik manakah aku telah sempurnakan usia dengan perkara yang sepatutnya. Adakah pembahagiannya adalah seimbang ataupun kucar-kacir. Malah hatiku lebih berat mengatakan sebenarnya agak kucar-kacir perjalanan hidupku. Ya sesungguhnya aku belum mampu mengatur hidupku dengan sempurna.

Apa jadi impianku, apa jadi dengan cita-cita ku. Cita-cita yang berubah-ubah dari semasa ke semasa. Walaupun aku berjaya mencapai cita-citaku yang terakhir, tetapi bagaimana perjalanan menuju ke cita-cita itu. Secara jujurnya, memang kucar-kacir.

Apa jadi dengan target kahwinku. Ini yang susah nak dikatakan. Setakat hari ini aku belum berjaya sempurnakan. Aku belum berjayakan yakinkan diriku... aku belum berjaya aturkan langkah yang bersungguh-sungguh... aku belum berjaya sediakan diriku... Walaupun dah beberapa kali aku letakkan 'target'nya. Nampaknya ini akan jadi perkara utama yang perlu diberi perhatian untuk tahun ni.

Bagaimana hubungan aku dengan agamaku... Ya Allah terasa macam semakin jauh... Terlalu kerdil dan janggal... Banyak perkara yang belum aku sempurnakan sebagai hamba. Bagaimana ibadatku, bagaimana akhlakku, bagaimana cara hidupku, bagaimana imanku. Semoga aku diberi kekuatan untuk menuju ke arah jalan-jalan keredhaanmu....

Kerjaya? Tahun ini juga akan jadi cabaran untuk aku tingkatkan keupayaan diri dan pengetahuan dalam kerjaya. Banyak perkara yang perlu aku dalami dan fahami.

Selasa, 17 Januari 2012

Sakit, Sihat dan Keinginan

Bila kita selalu sakit dan sakit, baru kita terpikir nikmatnya sihat. Kita tak sabar-sabar nak sihat untuk nak buat segalanya yg kita mahu. Tapi kita lupa masa sakit adalah masa untuk kita muhasabah balik diri. Lagi lama sakit, makin banyak yang kita dapat muhasabahkan diri. Masa itulah kita sedarkan diri kita, dan kita berniat untuk memperbetulkan apa yang tidak betul. Bila dapat kembali sihat kita merasakan bahawa kita tak mampu untuk memenuhi niat semasa sakit tadi. Kita hanya sedar di dalam diri tetapi tidak mampu mengawal perbuatan kita... Ya Allah berikan diri ini keampunan dan kekuatan.

Aku kadang-kadang nak buat macam-macam dalam kerjayaku... Aku mahu mendalami asas QS, asas elektrikal, asas bekalan air dan kini aku tahu asas rekabentuk bumbung. Yang mana 1 yang aku perlu utamakan. Inilah yang kadang-kadang membuatkan aku tak puas hati dalam kerjaya, sebab aku belum memahami semua perkara di atas tu. Moga-moga ada peluang untuk semua itu.

Rabu, 11 Januari 2012

Ke Langkawi

Hari ini aku pergi ke Langkawi menghadiri satu 'meeting'. Bangun pukul 6.00 pagi, bersiap dan solat subuh. 6.45 pagi bertolak ke jeti Kuala Kedah dari Alor Setar, parking kereta di situ. 7.15 pagi naik feri ke jeti kuah. Mengambil 2 jam masa perjalanan, sampai di Langkawi pukul 9.15 pagi. Ada 'signboard' "Langkawi Permata Kedah". Kemudian terus bergegas ke hotel, tempat meeting diadakan. Sempat sampai tepat pada waktunya.

Pukul 1.00 ptg bertolak ke jeti dari hotel. Sebelum tu singgah di pekan Kuah, beli-beli apa yang patut, coklat la untuk adik-adik aku dan kawan-kawan kerja. Jadilah pakat-pakat rasa sorang sikit. Aku ingat ka dekat dari pekan Kuah ke jeti, maklum la dah 10 tahun tak mai Langkawi. Aku pun tak ingat dah keadaan kat situ. Lagi pun aku tengok pelancong asing tu relax ja jalan kaki, aku pun 'follow' la jalan kaki, rupanya jauh jugak. Aku teruskan jugak jalan kaki sampai kat jeti Kuah. Tapi tak sempat nak naik feri kul 2.30 ptg. Makanya terpaksa la tunggu feri kul 4.00 ptg. Aku terus pergi solat dulu la, kemudian jalan-jalan sekitar jeti point tu. Nak pi jalan-jalan jauh pun tak seronok sangat, sorang2 katakan. Sambil-sambil tu terpikir jugak kalaulah dah berdua kan seronok jalan2 macam ni. Haha.. sempat lagi fikiran melayang ke arah tu.

Pukul 4.00 ptg bertolak ke Kuala Kedah, dan sampai pukul 5.30 ptg. Alhamdulillah.

Dua hari lepas aku demam lagi. Ni dah masuk minggu ke-6 aku macam ni. Sebab apa aku tak sembuh sepenuhnya dari demam ini. Mungkin sebab aku anggap demam ni penyakit sementara, yang boleh sembuh dengan secepat mungkin. Lalu aku tak ambil pengajaran dari demam ini. Padahal demam ini satu pengajaran bagiku supaya insaf dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan. Allahuakbar. Demam ini mahu mengajar aku supaya ada sifat ikhlas dan redha menghadapi ujian. Demam ini mahu mengajar aku nilai kesabaran yang perlu ada dalam diri.

Ahad, 8 Januari 2012

Demam Lagi

Nampaknya aku belum kebah sepenuhnya dari demam yang sebelumnya. Hari Jumaat lepas sekali lagi aku demam, membawa ke hari ini kena selesema pulak. Sakit apa aku sebenarnya, tiap-tiap minggu demam. Nak pergi check doktor, rasa macam tak berbaloi. Hanya demam sahaja. Tapi kalau tiap-tiap minggu ni, rasa macam lain pulak. Tengok la bila-bila ada masa nanti, kena pergi jumpa doktor jugak. Bab jumpa doktor ni yang payah sikit, aku dari kecik lagi tak suka jumpa doktor. (Tapi kalau jumpa jodoh dengan doktor.... aku suka.. aku suka. hahaha...)

Petang tadi ada kawan sekampus dulu hantar sms. Teringat jugak dia kat aku. Lama aku tak jumpa. Bila-bila masa nanti bila ada masa aku pergi Terengganu aku akan singgah di kampung dia, ziarah la katakan. Bila? Bila ada masa...

Khamis, 5 Januari 2012

Meeting

Alahai meeting pulak pagi nanti. Aku memang tak bersedia umtuk meeting. Berat rasa macam banyak isu nak kena. Ya Allah, kuatkan dan cekalkan hati dan diriku. Sememangnya apa yg berlaku adalah ujian dari Allah kepada diriku, dan ia telah memberi aku pengalaman dan ilmu yang berharga untuk kerjaya dan kekuatan diriku. Aku bersyukur atas itu. Adakah meeting nanti rentetan ujian dari ujian sebelumnya. Semoga ianya hikmah yang berharga. Tak pernah aku tak bersedia seperti ini untuk meeting.

Selasa, 3 Januari 2012

Demam

Ujian bagiku. Inilah yang aku ingat sewaktu menghadapi demam. Sejak akhir-akhir ini, setiap minggu aku demam. Dah 4 minggu berturut-turut jadi macam ini. Hanya panadol yang aku ambil untuk legakan demam ini. Sememangnya aku tak suka makan ubat hospital, sebab ubatnya akan buat aku demam dan sembuh selepas itu. Tapi dengan panadol aku bleh halang demam. Tapi kalau nak demam, demam jugak.

Sekarang kerja tengah sibuk, kalau demam ni susah sikit la. Sebab itu aku usaha untuk cegah demam. Kalau dah ketentuan Allah, aku perlu terima semuanya.

Hari tu, keluarga aku ajak pergi ke KL, Melaka dan Johor. Dah di ajak beberapa kali, akhirnya aku pun pergi jugak la walaupun dalam keadaan demam. Berapa biji panadol aku telan untuk tahan demam. Masa balik baru mak&ayah aku tahu yang aku demam. Aku drive jugak balik dari kl walaupun mak&ayah aku suruh ambik cuti esoknya.

Minggu lepas pun aku demam. Moga-moga minggu ni aku tak demam lagi.

Demam itulah ujian dan peluang untuk menghapus dosa. Banyak dosa aku ni...
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku.